Sunday, October 1, 2023

Pantun Buat Manchester United



Ikan tenggiri, sayur bendi, 
nasi dihidang beralas palas, 
laman sendiri menjadi badi, 
salam kosong satu dari Crystal Palace.

Burung tiong di balik kayu, 
menari-nari bersama tempua, 
wahai penyokong fanatik M.U,
marilah-mari masuk ke gua.

Pergi pekan membeli paku, 
diketuk tukul dibuat perahu, 
usah dikenang benda dah berlaku, 
penyokong M.U menangis siapa yang tahu. 

Air kelapa sama dirasa, 
enak airnya sampai termangu, 
buat apa membazir masa, 
Melaka United, Manchester United sama-sama dungu. 

7 comments:

  1. Sukalah saya baca pantun dari rangkap pertama sampai rangkap akhir. Eh...di hujungnya ada dungu lah pulak hihihihiii.

    ReplyDelete
  2. Kalaulah MU balas pantun ni... Syoknya! hehehhee

    ReplyDelete
  3. 🤣🤣🤣🤣🤣 untunglah suami saya tak sokong MU. Dah menangis baca ini pasti hahahahah.

    ReplyDelete
  4. wahhh dah berpantun sekarang.. hehe

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.