Tuesday, September 12, 2023

Roti Canai Roti Terbaik Dunia!!!


Syabas dan tahniah buat Roti Canai Malaysia kerana telah diiktiraf sebagai roti terbaik dunia oleh TasteAtlas bagi kedudukan terkini September 2023 dengan mata sebanyak 4.9. Kedudukan ini sedikit sebanyak mungkin dapat menaikkan nama Malaysia serata dunia melalui kulinari yang sememangnya menjadi subjek tular zaman kini.

Berikut merupakan kedudukan 10 terbaik roti dunia menurut laman sesawang TasteAtlas :

1. Roti canai, Malaysia
2. Pan de bono, Colombia
3. Butter garlic naan, India
4. Nan-e barbari, Iran
5. Pão de queijo, Brazil
6. Baguette, France
7. Naan (collectively), India
8. Piadina Romagnola, Italy
9. Marraqueta, Chile
10. Pan de yuca, Colombia

Memang tidak dinafikan bahawa roti canai amat popular di Malaysia. Bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, malah orang asing juga gemar menikmati hidangan ini. Aku sebagai salah seorang yang berkebolehan menebar roti canai juga amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh roti canai.

Banyak kenangan aku bersama roti canai sejak zaman sekolah menengah lagi aku telah mahir menebar roti canai. Aku membantu abang ipar aku di kedainya. Kedainya dulu pun ramai juga pelanggannya kerana terletak di lokasi perindustrian. Jadi ramai pekerja pelabuhan dan kilang menjamu selera di kedainya.

Dahulu, seingat aku roti canai kosong dijual dengan harga RM0.40 sahaja. Murah! 

Roti canai dinikmati tak kira bangsa dan agama. Semua masyarakat menyukai roti canai. Makanan yang menyatukan. Menyatukan rakyat Malaysia.

Zaman dahulu, roti canai tidak banyak pilihan, hanya roti kosong dan roti telur. Jika memesan roti telur, secara automatik akan terdapat cili dan bawang di dalamnya. Jika tidak mahu cili dan bawang, perlu maklumkan dahulu kepada peniaga. Sekarang jika memesan roti telur, hanya ada telur sahaja, jika hendak tambah cili dan bawang perlu maklumkan dan ia dicas lain harga. Seterusnya wujud pula roti sardin. 

Zaman sekarang sudah banyak variasi roti canai. Sudah pelbagai antaranya roti bawang, roti pisang, roti tisu, roti sarang burung dan pelbagai lagi sehingga terdapat menu yang pelik-pelik. Jelas kini roti canai bergerak seiring perkembangan zaman.

Cukuplah sahaja coretan aku berkaitan roti canai. Majukan roti canai untuk Malaysia!!!
 

7 comments:

  1. Ada tengok IG sorang foreigner ni suka pergi Malaysia semata-mata nak makan roti canai je hehe.

    ReplyDelete
  2. Yes mmg sedap mi sup tengkara ni.. Harus cubain kalau ke sana

    ReplyDelete
  3. wah tahniah tuan kerana mahir menebar roti canai...saya gemar tapi bukan selalu makan roti canai ini...kadang-kadang sahaja

    ReplyDelete
  4. mestila.. sapa je la yg x suka roti canai kan. mat saleh dtg malaysia semua jatuh hati dgn roti canai kita

    ReplyDelete
  5. Saya termasuk yg sukaaaaaa sangat roti canai 😍😍😍😄.tak pernah lupa pesan ini kalau ke kedai mamak. Roti canai atau roti telur, 2-2 nya suka. Tak bisa pilih memang. Kalo sedang ingin telur, saya pesan roti telur. Tapi kalo nak original, barulah canai 👍. Makan dengan teh tarik, dah laaah sedaaapn😄

    ReplyDelete
  6. Roti canai memang sedap! Dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  7. sedapnya roti canai kosong + roti canai telur..yg lain2 tu ada yg x pernah mkn...dulu2 mak buat roti canai guna talam besar, takde tebar2, cuma lipat2 je..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.