Mi Sup Tengkera merupakan antara kedai makan yang popular di Melaka sejak sekian lama. Terkenang kembali zaman persekolahan dulu, masa 'main motor', kerap juga ke kedai ini bersama rakan-rakan.
Kedai Mi Sup Tengkera ini mempunyai persamaan dengan kedai Mee Bodo. Jarak kedua-dua kedai ini kira-kira 200 meter sahaja. Dan kedua-dua kedai ini adalah perniagaan keluarga mereka. Mee Bodo di sebelah pagi, Mi Sup Tengkera pula di sebelah petang. Buka setiap hari kecuali hari Khamis.
Di kedai Mi Sup Tengkera terdapat hanya hidangan mi sup, kuetiau sup dan mihun sup. Lain-lain makanan tiada. Hidangannya pun ringkas, ada mi, kuetiau atau mihun, sedikit sayur sawi, hirisan cili dan racikan isi ayam. Namun ada yang istimewa di situ iaitu popia, goreng dan basah. Namun selalu sahaja cepat habis. Datang lambat masa balik kerja, memang habislah jawabnya.
Kedainya sentiasa ramai orang, namun layanannya cepat. Tak perlu tunggu lama. Apabila sudah memesan makanan, tak sampai satu minit sudah sampai. Makan pun sekejap sahaja. Ada orang boleh makan sehingga dua mangkuk, tapi aku cukuplah satu mangkuk sahaja.
Jadi, kepada sesiapa yang datang ke Melaka jangan lupa untuk merasai makanan di kedua-dua kedai ini. Sekali cuba pasti nak lagi. 😀👍🏼
Cantik servis kedai kalau tak sampai satu minit sudah sampai.. Terbaik
ReplyDeletepernah duduk kat melaka dulu tapi sampai ke sudah tak pernah cuba kedua-dua nya :)
ReplyDeletedok melaka 6tahun...tp x pnh lagi p mee bodo.. yang sup tu, kita delivery je kat opis...hihihi
ReplyDeletePandai keluarga mereka berniaga, bukak kedai fokus sejenis makanan saja. Mudah nak jaga kualiti makanan dan kualiti servis.
ReplyDeleteBolehlah cuba singgah nanti kalau ke melaka
ReplyDeleteoo yeke. mama penah makan mee bodo aje x penah lagi try mee sup ni
ReplyDeleteMemang harus saya coba 2-2 nya sebelum putuskan suka yg mana 😄. Tapi biasanyaaaa, saya memang prefer mie kuah drpd goreng. Tapi karena blm pernah icip mee bodo, jadi tak bisalah putuskan. 😄. Tertarik Krn di sini juga jual popiah basah dan kering. Inipun jajanan yg saya suka 👍
ReplyDeleteSedapnya.... kalau jenis sup, biasanya saya hanya hirup kuah dan aksesorinya. Mi tinggal dalam mangkuk hehehee.
ReplyDeletenampak simple tapi sedap....tanpa cili kicap pun mantap rasanya,,.kuah sup dah berperisa...
ReplyDelete