Tanggal 6 Ogos 2023 (Ahad) merupakan hari sejarah pahit bagiku, namun aku redha dengan ketentuan dan ujian daripada Allah SWT. Kira-kira jam 10.30 pagi, rumah yang aku duduki baru kira-kira 4 tahun telah mengalami kebakaran. Tarikh ini juga merupakan hari lahir anakku yang ketiga yang kini berusia 8 tahun.
Kebakaran berpunca dari bilik nombor 4, namun pada ketika ini, siasatan masih berjalan dan laporan penyiasatan masih belum aku perolehi dari pihak bomba. Mungkin esok atau lusa baru mendapat laporannya.
Aku bersyukur kerana anak-anak dan anak-anak buah yang aku tinggalkan sempat keluar menyelamatkan diri. Ketika itu aku tinggalkan mereka untuk pergi bersarapan di kedai tidak jauh dari rumah. Pada awalnya, aku mengajak mereka, tetapi mereka tidak mahu ikut. Jadi aku dan isteri dan anak bongsu sahaja yang pergi keluar bersarapan.
Baru sahaja air yang aku pesan sampai, tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada anak buah menyatakan rumah terbakar. Lantas aku mendapatkan kereta untuk pulang. Sempat aku melihat cctv di dalam telefon bimbit dan kelihatan asap hitam berkepul-kepul keluar dari dalam rumah. Isteri pula segera menelefon bomba. Dalam masa yang sama, jiran aku turut menghubungi aku menyatakan hal yang sama iaitu rumahku terbakar dan beliau juga telah menghubungi pihak bomba.
Sampai sahaja di rumah, aku melihat asap hitam keluar di segenap ruang yang terbuka. Ketika ini jentera bomba belum tiba lagi. Ingin aku masuk untuk menyelamatkan apa yang perlu, tapi asap hitam membantutkan hasrat aku. Aku cuma dapat mencapai kunci kereta dan motor yang terletak di tepi pintu untuk mengeluarkannya dari dalam halaman rumah.
Dari luar kedengaran bunyi kaca-kaca berderai. Aku hanya mampu melihatnya sahaja. Jentera bomba tiba dalam pukul 10.55 pagi dan segera memadamkan kebakaran. Sebentar sahaja pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran.
Walaupun kebakaran hanya melibatkan bilik nombor 4, namun akibat daripada itu hampir seluruh rumah dipenuhi jelaga hitam di lantai, dinding dan syiling. Kesan teruk nyata kelihatan di bilik nombor 4 di mana dinding merekah dan pecah, lantai seramik pecah, struktur bumbung meleding hingga atap hampir roboh.
Di ruang tamu dan ruang makan juga menerima tahap kepanasan hingga pendingin udara, kipas syiling dan alatan dari plastik hampir cair. Lantai seramik di bahagian dapur juga terbongkar dan pecah.
Tiada apa yang dapat aku katakan. Aku redha dengan ujian yang Allah SWT berikan ini dan aku amat bersyukur kerana ahli keluargaku semuanya selamat dari bencana ini.
Sehinggalah kini aku masih belum mengusik apa-apa barang dari rumah. Hanya mengambil pakaian, dokumen penting dan barang-barang persekolahan anak-anak. Aku telah berurusan dengan pihak insurans bagi mentafsir kerugian. Pada ketika ini aku menumpang di rumah mak aku.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan sekalian ahli keluargaku.
Allahu... tak terkata... malang tak berbau... alhamdulillah semua anak selamat... semoga tabah dgn dugaan ini encik fairus
ReplyDeleteAllahuakbar...meremang bila baca,Alhamdulillah semuanya selamat insyaAllah dipermudahkan semua urusan
ReplyDeleteAllahu..teruk juga kesannya..alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa...semoga encik sekeluarga tabah dgn ujian ini..
ReplyDeleteMoga dipermudah kan semua urusan. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik.
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDeletesemoga Fairus dan keluarga tabah hadapi ujian
syukur semua selamat itu lebih penting tiada kecederaan.
insyaallah Allah akan ganti yg lebih baik
hanya mampu berdoa dari jauh semoga dipermudahkan segala urusan Fairus kelak
Moga semuanya dipermudah ya. Moga Allah berikan rezeki yang lebih lagi. insya-Allah.
ReplyDeleteAllahu.. sy bersimpati. Sy doakan agar segala urusan En FM dipermudahkan. Syukur tiada keceraan jiwa.
ReplyDeleteAllah! Semoga tabah hadapi ujian
ReplyDeleteInna lillah wa inna ilayhi roji’un 🥲
ReplyDeleteSaya yang hanya tengok gambar pun rasa sayu, apa lagi tuan badan yang menanggung.
Apa pun, syukur semua orang selamat tanpa sebarang kecederaan.
Moga Allah permudahkan urusan en.fairus sekeluarga.
Allahuakbar, terkejut betul saya membaca post ni. Semoga tuan tabah.
ReplyDeleteYa Allah!
ReplyDeleteUjian untuk Encik Fairus sekeluarga.
Saya turut bersimpati dan mendoakan agar Encik Fairus terus tabah menghadapu dugaan ini.
Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Semoga keadaan akan pulih semula, dan Encik Fairus sekeluarga dapat kembali ke rumah.
Ujian. Mujur lah takde kemalangan jiwa.
ReplyDeleteSemoga Encik Fairus sekeluarga tabah.
salam takziah sy ucapkan. Semoga fairus dpt bangkit drp musibah ini. Sy turut merasa simpati atas tragedi ini. Byk2kan bersabar....
ReplyDeleteSemoga semua dipermudahkan. byk2 bersabar
ReplyDeleteAllahuakhbar..salam takziah...semoga en fairus sekeluarga tabah...
ReplyDeleteSalam takziah
ReplyDeleteAllahuakbar! Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّØ¢ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَٰجِعُونَ
ReplyDeleteBerat ujian ini. Syukur semuanya selamat. Semoga tabah dan kuat hadapi ujian ini. Semoga segala urusan Allah permudah dan menggantikan dengan yang lebih baik. Insha Allah...Aamiinn...
Allahuakbar. Semuga Allah mempermudahkan urusan en fairus.
ReplyDelete