Walaupun aku telah bertukar dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi ke Bahagian Pengurusan Muzium namun aku masih membantu para penyelidik yang memerlukan bantuan bagi mendapatkan maklumat untuk kajian mereka. Atas tanggungjawab, aku tetap akan membantu kerana bagi aku, apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan memudahkan urusan kita, Insya-Allah.
Tak berapa lama dahulu, pernah aku membantu seorang pelajar Sarjana bagi mendapatkan maklumat tentang jumpaan artifak di Pulau Melaka. Aku di temuduga dengan beberapa soalan, aku juga dengan senang hati melayannya dengan baik bahkan memberikan penerangan, memberikan laporan dan gambar-gambar berkaitan di samping mengeluarkan segala artifak yang tersimpan di dalam repositori untuk ditatapi oleh pelajar tersebut bagi tujuan penyelidikan. Apabila hendak mendapatkan informasi lanjut, beliau masih bertanya kepada aku melalui panggilan telefon ataupun aplikasi whatsapp.
Apa yang membuat hati aku terharu, selepas beberapa bulan beliau whatsapp kepada aku meminta izin untuk menamakan aku sebagai penulis bersama (co-writer) bagi penulisan jurnalnya. Alhamdulillah, kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.
Hari ini seorang lagi, iaitu pelajar PhD dari China yang belajar di universiti tempatan telah aku santuni. Juga membuat kajian berkisar kepada jumpaan artifak di Pulau Melaka. Aku telah mengeluarkan artifak-artifak dalam simpanan untuk penyelidikan beliau dan turut membawanya ke tapak ekskavasi bagi menunjukkan lokasi artifak-artifak ditemui.
Selesai lawatan ke tapak ekskavasi, beliau mempelawa aku untuk makan tengah hari, namun aku menolaknya dengan baik.
* * * * *
Sebenarnya telah agak lama aku tidak mengemaskini blog. Kehilangannya buah fikiran untuk menulis di samping tugas-tugas yang tiada penghujungnya di pejabat membuatkan aku lelah namun aku tetap suka akan pekerjaan ku.
Aku berusaha menulis semula secara harian sama ada panjang atau ringkas catatan harian ku yang boleh diabadikan untuk rujukan diri aku sendiri pada masa akan datang.
😎🤘🏼
Alhamdulillah
ReplyDeleteJasa yang akan tetap diingati
Tanpa bantuan en.fairus, tentulah tak mudah para pelajar ni nak menyiapkan kajian mereka. Syukur mereka jumpa en.fairus yang sudi bantu.
ReplyDeleteTeruskan menulis, tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Kita tak mungkin dapat ingat semua perkara, dengan menulis sekurang-kurangnya sebahagian memori tersimpan di sini.
Sama. Kesibukan buat rasa malas nak tengok blog kadang2. Tapi cuba juga untuk terus blogging, sebab minat dan kumpul duit adsense hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat membantu mereka yang memerlukan.
ReplyDeleteTeruskan update blog ye.
Alhamdulillah, ada pelajar dari negara China yg berminat ttg sejarah di Malaysia...
ReplyDeleteSejarah ini satu ilmu yg banyak memberi pengajaran sebab tu byk negara yg menjaga bab sejarah mereka dan suka belajar sejarah negara lain :D
ReplyDeleteTahniah Encik Fairus kerana membantu pelajar dari China membuat penyelidikan.
ReplyDeleteMenulis ini memang perlu ada semangat. Saya pun, kalau sudah beberapa hari tak menulis entri, memang akan berminggu malah berbulan tak berblogging!