Tengkera merupakan laluan pergi balik aku dari rumah ke tempat kerja. Bukan setakat ke tempat kerja, anak-anak aku juga bersekolah melalui laluan tersebut. Seorang di SK Tengkera 1 dan seorang lagi di MGS 2. Jadi aku akan melalui kedai makan Mee Bodo Tengkera yang termasyhur di Melaka sejak 1969.
Nak kata aku sering ke kedai Mee Bodo tak juga. Tapi jarang-jarang. Walau jarang-jarang, apabila melalui kedai ini pastinya di kepala otak terlintas rasa keenakan Mee Bodo atau juga dikenali sebagai Mee Hassan.
Nampak macam biasa-biasa saja, tetapi luar biasa |
Harganya kalau tak silap RM3.00 sepinggan. Dan telur goreng RM1.50 sebiji. Kalau dua biji telur RM3.00 le. Biasa aku makan, dua biji telur sekali makan.
Beratur untuk mendapatkan telur goreng segar dari dalam kuali |
Kalau orang luar Melaka yang masih belum merasai Mee Bodo Tengkera, bolehlah cuba. Cari sahaja melalui Waze, pasti akan jumpa. Jangan datang hari Khamis pula pasal kedainya tutup pada setiap hari Khamis.
Jalan kaki sahaja masa saya duduk di Taman Kenanga. Hehe kenangan.
ReplyDeletelejen ni..dah lbh 50 tahun...mesti rasa maintain je dari dulu...
ReplyDeletePernah sekali makan Mee Bodo kat sini. Tapi husband sy tak minat sgt, tu la sekali jer pergi.
ReplyDeleteTapi pemiliknya bijak!
ReplyDeleteMEE BODO TAPI SEDAP KALAU ADA REZEKI KE SANA BOLEH CUBA
ReplyDeleteoh encik orang Melaka ke?
ReplyDeleteCuya walaupun duduk Melaka..tkde pon explore Melaka sangat..hahah
Org beratur sebab mmg dikenali.. kene pergi ini huhuu..
ReplyDeletekalau aku pun telur dua biji gak .. tak puas sebiji :D
Belum pernah cuba. Tak silap saya kedai ni pernah masuk Majalah 3 tak lama dulu.
ReplyDeleteIni mesti jadi kedai kegemaran ramai orang. Beratur pun tak ada hal sebab tak lama. Berbaloi pula makan mi goreng yang sedap tu. murah pun murah. Ni nak kena merasa jugak ni kalau ke Melaka. Terima kasih share infonya.
ReplyDeleteKalau sedap, memang pelanggan sanggup beratur menunggu giliran.
ReplyDeleteSayaaang banget, saat saya ke Melaka Juni lalu, tak tahu tentang mee ini. Jadi tak merasakan. Memang harus balik Melaka lah artinya 😄. 4 hari di sana, saya sukaaaa kotanya, saya suka kulinernya. Saat itu traveling bersama teman, memang nak balik lagi bawa suami, supaya dia merasakan juga kuliner Melaka. Sedap semua yg saya coba 😄👍
ReplyDeletenampak sedap mee dia..
ReplyDelete