Dengan slogan "Mana lagi? Melaka ler...!" bakal menggamit kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Melaka pada tahun hadapan. Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Melaka telah pun melancarkan Tahun Melawat Melaka 2024 dengan menyasarkan kunjungan pelancong seramai 19.7 juta orang.
Sebagai rakyat Melaka dan bertugas di dalam sektor pelancongan, aku amat mengalu-alukan kedatangan para pelancong ke negeri Hang Tuah ini.
Sebenarnya, jika dilihat keadaan sektor pelancongan di negeri Melaka sekarang, pada pemerhatian aku ia sudah kembali rancak seperti era sebelum pandemik covid-19. Bukan sahaja pada hujung minggu atau cuti umum, pada hari biasa pun, Melaka khususnya di Bandar Hilir dipenuhi oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Kadangkala terfikir juga aku, mereka ni tak bekerja ke? 🤔
Risau akan jalan raya sesak? Usah bimbang sangat. Ia adalah perkara biasa bagi lokasi pelancongan. Bukan di Melaka sahaja, negeri-negeri lain pun sama sesak di kawasan tumpuan pelancong.
Justeru, jangan serik datang ke Melaka. Orang Melaka sentiasa menanti kehadiran anda semua. Dan jangan lupa, kunjungilah muzium. 😊
Kapal dagang dari seberang,
sarat muatan kayu meranti;
dari jauh tuan puan datang,
orang Melaka sedia menanti.
Serik jem melaka.. hahaha.... better dok area bandar hilir je senang jalan kaki kalau nk jalan² area situ... dlu ke melaka stay umah saudara di krubong... bercinta nk balik rumah... hahaha
ReplyDeleteCuya pon bidang pelancongan.... harini baru ada induksi online
ReplyDeletelama tunggu baru dapat kerja,,,
Jalan sesak takpe...
ReplyDeleteJangan poket sesak....
sejujurnya teringin nak ke Melaka lagi. Kali pertama gi thn 1988...masa tu gi ke Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya. Siap beli belacan Melaka d Ayer Keroh tu. Tidur di SMS Muzaffar Shah. Abe Kie n kawan2 dari SMS Machang. Lawatan selepas SRP...
ReplyDeleteTak pernah jemu ke Melaka sebab belum habis jelajah lagi. Jem dan Melaka berpisah tiada. Tapi suka pergi waktu hari bekerja baru best berjalan-jalan.
ReplyDeletetak tunggu tahun depan, inshaaAllah, cuti sekolah bulan ni nak ke Melaka...sepupu bertunang...
ReplyDeleteseronok jalan2 tepi sungai & kawasan Masjid Kpg Hulu..
ciknur tiap 2 minggu ke Melaka
ReplyDeletetp tak melawat cuma tuju satu tempat je
Rasanya banyak lagi tempat menarik dan bersejarah belum sempat dijelajah. In syaa Allah, ada kesempatan nanti akan datang lagi ke Melaka.
ReplyDelete