Aku bukanlah seorang pereka (designer), tetapi aku minat mereka bentuk poster-poster. Antara aplikasi atau laman sesawang yang aku biasa gunakan untuk membuat poster ialah dengan menggunakan postermywall. Mudah. Sangat mudah bagi sesiapa sahaja yang nak membuat poster. Hanya pilih templates yang disukai dan masukkan sahaja perkataan-perkataan yang diingini. Semudah ABC.
Baru-baru ini, aku turut mengikuti kelas sehari membuat reka bentuk menggunakan canva dan photopea. So far, Canva pun bagus juga dan pelbagai reka bentuk boleh dibuat manakala photopea lebih kepada teknikal dan perlu dipelajari dengan teliti.
Reka bentuk di bawah ini aku hasilkan dengan menggunakan postermywall. Gambar-gambar sedia ada, cuma aku tukar atau masukkan perkataan sahaja. Bagi sesiapa ingin mereka bentuk poster ucapan, bolehlah gunakan mana-mana laman sesawang yang telah aku nyatakan di atas. Selamat mencuba!
Ps : Sebetulnya perkataan Aidiladha ialah rapat bukannya jarak. Maaf atas kesilapan. Malas pula nak betulkan.
selalunya nak mudah mmg sy guna canva je... yg ni postermywall br tau... tq for sharing... kalau canva for education mmg byk gila template... kalau en fairus nk guna canva for education boleh log in guna akaun delima anak
ReplyDeletesalam Aidiladha
ReplyDeleteMenarik juga...tapi selalu saya guna yang company sediakan...pemalas betul..hehehehehe
ReplyDeleteyg atas sekali tu cantik
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Haji buat semua :)
ReplyDeleteCantik-cantik posternya!
ReplyDeletewahh cantik..encik boleh cuba Canva.com situ bole design poster
ReplyDelete