Sunday, May 28, 2023

Cerita Seorang Suami Yang Suka Membasuh, Menjemur dan Melipat Pakaian

Tugas-tugas di dalam rumah tangga tidak terikat pada mana-mana sama ada suami, isteri mahupun anak-anak. Tugasan di rumah adalah tanggungjawab bersama. Tidak ada peraturan yang menyatakan suami tidak boleh membantu isteri membasuh, menjemur atau melipat pakaian. Walaupun berperanan sebagai ketua keluarga, suami masih perlu membantu hal-hal lain di rumah. 

Gambar sekadar hiasan 😄


Perlu kita fahami bahawa peranan isi rumah adalah sering berubah seiring dengan perubahan zaman. Zaman sekarang bukan suami sahaja yang bekerja, namun isteri juga bekerja untuk sama-sama membantu keluarga. Justeru, kerja-kerja di rumah perlu dibahagi-bahagikan secara adil mengikut kesepakatan bersama dan kelapangan masa pasangan masing-masing. 

Adalah penting untuk kita sering berkomunikasi dengan baik sesama pasangan bagi pembahagian tugas-tugas di rumah. Ini perlu bagi mewujudkan kerjasama, kesepakatan dan kemampuan masing-masing bagi memastikan keadaan di dalam rumah dan persekitaran dalam keadaan teratur seterusnya mewujudkan suasana yang damai.

Aku secara peribadi memang dilahirkan dengan suka atau gemar mengemas. Dari kecil aku dilatih oleh emak dan sememangnya aku tidak kekok untuk melaksanakan segala tugasan sehinggalah perangai tersebut terbawa-bawa sampai sekarang walaupun sudah berumah tangga.

Membasuh, menjemur dan melipat pakaian bukan asing bagi aku. Dan aku sendiri tak suka melihat pakaian yang bersepah-sepah. Jadi, tanpa perlu menyuruh sesiapa, aku sendiri yang akan mengemas sendiri. Menjadi rutin aku, duduk di belakang rumah, mengangkat baju yang telah dijemur terus dilipat dan disusun di almari atau rak pakaian.

Sekian, cerita seorang suami yang suka membasuh, menjemur dan melipat pakaian. 😊😊😊 

12 comments:

  1. Wahhh, susah nak jumpa yang macam En Fairus ni, syabas!

    ReplyDelete
  2. Wahh saya pon suka kalau pasangan boleh bantu uruskan rumah, bukan suruh perempuan saja buat kerja
    Tapi belum ada suami, moga dikurniakan suami yg rajin membantu.

    ReplyDelete
  3. sama ngan ayah MA.. bab basuh baju, siai baju, angkat baju, lipat baju ..memang keja dia.
    Sampai kalau dia kat luar, tgk nak hujan..dia akan call sapa2 kat rumah utk remind kan angkat baju .. hah gitu sekali tau. ok la kan..ada jugak meringankan tugas para mak mak ni...

    ReplyDelete
  4. kita sama dan serupa tuan...kerja-kerja rumah saya suka buat sehingga orang rumah banyak masa lapang dah hehehhe

    ReplyDelete
  5. Kebiasaanya saya lihat pasangan yang bekerja dan ada anak, tugas uruskan pakaian dibuat oleh suami. Macam jiran di kanan kiri rumah NS saya. Memang tak pernah nampak isteri uruskan baju. Bagus begini, berbagi tugas. Barulah rumah tangga harmoni.

    ReplyDelete
  6. he heee suami idaman wanita
    baguss camtu, tugas sama2 pikul
    alhamdulillah suami cik nur pun bab membasuh , @ bersih menyapu mop. bg kat dia. tp jemur kadang2 dan melipat bg tugas anak2 dara,
    jemur biasa ciknur pg2 sblm keluar keja, memasak je xleh kecuali goreng telu ha haa

    ReplyDelete
  7. Wahhh... untunglah puan isteri... tahniah ibu bapanya atas didikan yg memudahkan kaum isteri anak menantu

    ReplyDelete
  8. bagus..susah nak jumpa mcm ni...

    ReplyDelete
  9. setuju sgt.. apa sgtl h membantu si isteri bukan tjawab dia sorang pun kan. tapi bab melipat kalau mama mmg takmau dia tlg.. tak kena dgn ppiawaian mama hihi

    ReplyDelete
  10. Tipe lelaki seperti inilah yang pasti dicari wanita 👍😁. Tak malu mengerjakan pekerjaan rumah tangga. Karena sememangnya itu pekerjaan bersama.

    Saya pun mengajarkan anak lelaki saya untuk rajin bersih2 bang. Nanti kalau usia dia semakin besar baru saya ajarkan memasak yg basic. Setidaknya kalo nanti dia jauh dari rumah dan hidup mandiri, dia bisa mengerjakan pekerjaan rumah dasar.

    Untungnya suami saya pun tak malu membantu kemas rumah. Apalagi di saat asisten2 rumah tangga kami sedang mudik dan libur, saya dan suami yg mengerjakan berdua.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.