Semasa cuaca panas, terdapat beberapa tindakan yang perlu dan boleh diambil untuk menjaga kesihatan dan keselesaan tubuh badan. Antara tips atau langkah yang perlu diambil ialah :
BANYAKKAN MINUM AIR
Pastikan anda tetap terhidrasi dengan baik. Minum air putih dalam jumlah yang cukup untuk menggantikan cecair yang hilang melalui peluh. Hindari minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh menyebabkan dehidrasi.
MENGENAKAN PAKAIAN YANG SESUAI
Gunakan pakaian yang longgar, ringan, dan diperbuat daripada kain seperti cotton supaya kulit dapat bernafas dengan baik. Hindari pakaian yang terlalu ketat atau diperbuat daripada bahan sintetik yang akan menyebabkan berasa panas dan tidak selesa.
LINDUNGI DIRI DARI SINAR MATAHARI
Gunakan topi atau payung untuk melindungi kepala dan wajah dari terkena secara langsung dengan sinar matahari. Gunakan juga krim pelindung matahari bagi melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya.
CARI TEMPAT SEJUK
Carilah tempat yang mempunyai penyaman udara atau gunakan kipas angin bagi membantu mengurangkan suhu badan. Elakkan terlalu lama berada di luar bangunan semasa cuaca sangat panas.
KURANGKAN AKTIVITI BERAT
Semasa cuaca panas, hindarkan dari melakukan aktiviti fizikal yang berat atau berlebihan. Jika perlu melakukan aktiviti di luar, lakukannya pada waktu pagi atau petang iaitu ketika suhu lebih rendah.
MAKAN MAKANAN SIHAT
Ambillah makanan yang ringan, sihat dan berkhasiat. Pilih makanan yang berair seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Elakkan dari memakan makanan berat dan berlemak yang boleh membuatkan rasa tidak selesa.
Ye betul tu...kita kena jaga diri kita dan keluarga..SA dah start letak air 2-3 besen kat ruang tamu...harap membantu kurangkan bahang rumah...pasang ekon pun x membantu
ReplyDeletetake care semua mmg panas sgt skrg ni elakkan keluar
ReplyDelete