Setiap pekerja adalah aset bagi sesebuah organisasi. Mereka inilah yang menjalankan fungsi bagi menjayakan objektif atau matlamat organisasi. Justeru, pekerja perlu diberikan perhatian sepenuhnya dengan memberikan kebajikan dan ganjaran yang sewajarnya mengikut kemahiran, kelayakkan dan kepakaran yang pekerja miliki. Walaubagaimanapun, terdapat juga pekerja yang menjadi liabiliti kepada organisasi. Pekerja sebegini perlu diambil tindakan yang sewajarnya mengikut kebijaksanaan majikan.
Sesebuah organisasi mempunyai hierarki, iaitu kedudukan tinggi, rendah dalam organisasi. Terdapat peringkat pengurusan tertinggi, pengurusan dan pelaksana. Pihak pengurusan merancang dan membuat keputusan manakala pihak pelaksana menjalankan segala arahan yang diperturunkan untuk dilaksanakan. Justeru, pengurusan perlu membuat perancangan dan keputusan dengan cepat dan tepat agar pihak pelaksana juga dapat melaksanakan tugas dengan cepat dan tepat. Sekiranya pihak pengurusan lambat, jangan disalahkan pihak pelaksana yang juga lambat untuk bertindak atas arahan.
Begitulah rempah dan rencahnya berorganisasi. Aku yang lebih 17 tahun sebagai pekerja di beberapa syarikat swasta dan agensi kerajaan telah "masak" dengan pelbagai jenis ragam dalam organisasi. Namun aku masih lagi bersikap positif dalam segala hal.
Oklah, setakat ini sahaja luahan aku sebagai seorang pekerja. Selamat Hari Pekerja 2023. Satu sahaja ingin diingatkan, bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarga kerana Allah SWT.
Lebih 30 tahun saya bekerja. Saya lebih suka menjadi pelaksana sahaja. Saya lepaskan jawatan bahagian pentadbiran kerana saya tahu tahap kemampuan saya. Kini saya bahagia.
ReplyDeleteKalo di Indonesia tiap tgl 1 mau ini saya sering upset dengan banyak buruh yang mengadakan demo di mana-mana. Karena terkadang tuntutan mereka tak masuk akal. Kalau company tempat saya kerja, tiap tgl 1 mau selalu ditunggu semua staff. Karena di tgl itu mereka memberikan gaji ke 15, AKA uang cuti 😁. Lumayan 1x gaji. Jadi tak pernah ada staff yang terpikir untuk demo 😄
ReplyDeletebyk kepala, byklah ragamnya...yg penting visi & misi syarikat diutamakan...
ReplyDelete