Kali ini sudah kali ketiga aku menjejakkan kaki ke Pekan Baru, Riau, Indonesia. 13-14 Februari 2023 lalu, sekali lagi aku telah ke sana. Bukan pergi semata-mata untuk melancong, tetapi ada urusan kerja yang perlu dilaksanakan. Aku ke sana kerana ingin meninjau ruang promosi bagi menempatkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka berkaitan pelancongan di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II di Pekan Baru.
Pelancongan kesihatan bukan asing bagi negeri Melaka. Ramai pesakit dari Indonesia khususnya di sebelah Sumatera mendapatkan rawatan kesihatan di hospital-hospital swasta di Melaka seperti Hospital Putra dan Hospital Mahkota. Walau bagaimanapun di Hospital Pantai dan Hospital Oriental masih kelihatan kurang pesakit dari sana.
Maka tidak hairanlah syarikat penerbangan berani membuka operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka. Setahu aku, hanya terdapat 2 penerbangan di lapangan terbang sini iaitu Batik Air ke Pekan Baru dan Air Asia ke Pulau Pinang.
|
Malindo Air dijenamakan semula menjadi Batik Air |
Tiada apa yang menarik yang dapat dikongsikan kerana kedatangan aku ke Pekan Baru sangat terhad iaitu hanya satu hari. Namun sempat juga aku menikmati masakan nasi padang yang mempunyai lauk pauk yang enak-enak di Restoran Garuda. Makanan di Indonesia ni banyak yang pedas-pedas, tapi aku masih lagi boleh menikmatinya kerana aku pun suka yang pedas-pedas.
|
Masa ni pelayan belum habis hantar lauk lagi, yang sebetulnya bertingkat-tingkat lauknya |
Aku menginap di Hotel Jatra. Hotel lama. Seingat aku pernah menginap di hotel ini pada kali pertama aku ke sini pada tahun 2008. Bagi aku, hotel ini biasa saja. Kalau nak beri markah persepuluh, aku beri 6/10. Cuma semasa aku daftar masuk, bilik berbau rokok. Di bilik air kelihatan sedikit kurang bersih kerana ada sedikit kotoran di belakang mangkuk tandas.
Namun, jika datang bersama keluarga, mungkin aku tidak menyarankan hotel ini kerana terdapat kelab malam dan karaoke di dalam hotel ini. Bayangkan, di lobi pun masih boleh kedengaran orang melalak menyanyi sama ada lunak atau sumbang. Hotel ni pun memang promosikan kelab malam mereka, buka saja televisyen ada iklan kelab. Semasa daftar masuk juga dapat kupon masuk kelab ini secara percuma. Namun aku tak masuklah, bukan gaya hidup aku pun.
|
Lobi hotel |
|
Pemandangan dari jendela |
|
Pemandangan dari jendela |
|
Ruang bilik yang besar tapi tidur seorang |
|
Masuk-masuk dah ada iklan kelab malam di televisyen |
|
Ruangan di dalam bilik air |
Di sana aku turut berpeluang berjumpa dengan kenalan. Seorang memang tinggal di Pekan Baru dan dua orang lagi dari Siak. Sekiranya aku ke Pekan Baru, pasti aku aku ketemu dengan mereka. Yang buat aku terharu ialah mereka yang datang dari Siak. Bagi aku jaraknya agak jauh juga untuk datang semata-mata untuk bertemu. Siak ke Pekan Baru kira-kira dua jam.
Kenalan dari Pekan Baru ialah Pak Yoserizal Zen. Masa kenal dahulu beliau adalah Kepala Muzium di Pekan Baru, kini beliau sebagai Kepala Dinas Kebudayaan Provinsi Riau. Beliau biasa juga ke Melaka, dan kebiasaannya aku akan menyantuni beliau di sini.
Rakan-rakan dari Siak pula yang membawa aku makan malam di sana. Kami lepak hingga jam 12.00 malam. Makan malam di Restoran Tepi Sungai, kemudiannya mengopi di kedai kopi Galore.
|
Pemandangan di Restoran Tepi Sungai |
|
Masak lemak |
|
Lain rasa asam pedas di sini |
|
Sempat angkat signboard kedai kopi je |
Keesokan harinya setelah selesai sarapan aku sendirian berjalan mengelilingi bandar Pekan Baru. Dapatlah buat 5000++ langkah. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Dapat juga mengenali tempat orang walaupun hanya seketika pemergian aku ke Pekan Baru.
Wahhh.. tetiba sy rindu dengan Pekanbaru. Sy baru sekali ke sana, En FM dah tiga kali ya. Nanti jika datang lagi, carilah pisang kipas, bawa balik Melaka.
ReplyDeleteUntung juga ada kenalan di sana yang sudi melayan, dapat juga dibawa ke tempat makan bagus.
ReplyDeleteSaya pernah ke Pekanbaru sewaktu jerebu melanda, duduk dalam bilik hotel pun bau asap. Pengalaman 😅
Restoran Garuda…lokasi makan-makan saya juga sewaktu di Medan.
udah lama x ke indonesia. kali terakhir ke Padang Panjang pada 1993 yg lampau...
ReplyDeleteFuh! Seronok layan makan ni!
ReplyDeleteWah..ni kampung husband saya...
ReplyDeleteTak nampak kampung dah kat sana.. Sana dah pekan dan bandar.
Deletemenu mcm2 sedapp semuanya
ReplyDeletebekerja. sambil lihat tempat org, alhamdulillah.
ReplyDeletefeveret nih..nasi padang...nak buat muzium di airport, bagus tu..medical tourism lumayan pak!
ReplyDeleteBestnya bercuti
ReplyDeleteNice post thank you Danielle
ReplyDelete