Friday, February 10, 2023

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15 di Restoran Ikan Bakar Ala Kassim

Pejam celik, pejam celik sudah 15 tahun mengharungi kehidupan bersama isteri tersayang. Pahit maung, suka, duka dikongsi bersama. Pada hakikatnya isteri adalah orang lain, milik keluarganya, orang yang tidak pernah dikenali sebelum ini namun akhirnya kami ditakdirkan bersama sebagai suami isteri dan berkeluarga. Alhamdulillah, kini telah mempunyai 5 orang anak.

Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, ditakdirkan anak pertama lahir pada tahun yang sama hari pernikahan kami. Orang-orang dahulu sebut 'bunting pelamin'. Nikah awal tahun, hujung tahun menimang cahaya mata. Alhamdulillah. Jadi kelebihannya di sini,  aku dapat mengingati usia perkahwinan kami iaitu seusia anak sulung. 

Hendak dijadikan cerita, kami sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan dengan makan malam di Restoran Ikan Bakar Ala Kassim di cawangannya Taman 1 Lagenda. Sebelum-sebelum ini kami biasa juga ke restoran utamanya di Medan Ikan Bakar Alai. 

Sesiapa datang ke Melaka, boleh cuba makan di sini. Disarankan (recommended)


Di sana kami nikmati seekor ikan siakap di mana sebelah dimasak bakar berlada dan sebelah lagi dibakar kosong sahaja. Lain-lain makanan ialah sotong goreng tepung dan udang butter. Dimakan dengan menu kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak bungkus.

Harganya oklah. Tak betapa mahal. Semua sekali harga makanan dan minuman hanya RM104.00 sahaja. Makan pun sedap dan puas. Anak-anak pun suka. 

Ikan siakap bakar berlada

Ikan siakap bakar

Sotong goreng tepung

Udang butter

Kisah ini tidak habis di sini, macam biasa mesti ada kejutan pada hari-hari sebegini. Sebelum nak keluar pergi makan, isteri dan anak-anak telah awal berada di dalam kereta.  Aku macam biasa akan menjadi orang yang terakhir kerana perlu memastikan lampu-lampu yang tidak diperlukan di dalam rumah ditutup, begitu juga dengan pintu.

Sejurus masuk ke dalam kereta maka terkejutlah aku melihat bungkusan yang diletakkan di bawah tempat letak kaki di bahagian pemandu dengan jeritan isteri dan anak-anak menyebut supriseeeeee!!! Oh, rupa-rupanya isteri telah menghadiahkan telefon bimbit baharu iaitu Honor X9a. Aku apa lagi, dengan gaya melawak aku pun menggenggam jari sambil menyebut Yes! Yes! Yes!

Terpaksa menerima telefon bimbit baharu 😀👍🏼

14 comments:

  1. Ada makan di kedai Ala Kassim Taman Lagenda. Ramai juga orang.
    Hehe seronok dapat hadiah. Baiknya isteri dan anak-anak bagi hadiah.

    ReplyDelete
  2. Isteri dh bg handphone ..awak bagi apa plak kay isteri .let me guess..gelang tangan? Cincin? Rantai emas?

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat Fairus dan isteri. Seronok dapat phone baru 😊

    ReplyDelete
  4. Tahniah!
    Moga terus hidup rukun dan damai, bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. semoga terus bahagia hingga ke syurga bersama puan isteri

    ReplyDelete
  6. Tahniah, happy 15th anniversary....sedap2 makanannya...

    ReplyDelete
  7. Wah...selamat ulang tahun perkahwinan. Klu dapat hp dari isteri maksudnya jangan macam2 kat luar sana tau...snap gambar orang lain selain dari diri dia dan anak2..hehehehehe..

    ReplyDelete
  8. hepi anniversary buat fairus n isteri.. semoga berkekalan :)

    ReplyDelete
  9. Hehe…puan isteri terima hadiah apa pulak tu? Tahniah buat kalian berdua dapat bertahan dalam sebuah rumahtangga.

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ye. Bestnya dpt HP baharu..... nanti dpt la snap pics yg cantik2..

    ReplyDelete
  11. selamat ulang tahun perkahwinan!

    ReplyDelete
  12. moga kekal hingga ke jannah, fairus, in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.