Melaka Empayar Maritim
Negeri Melaka sedia dikenali seantero dunia sebagai salah sebuah empayar maritim yang mempunyai pelabuhan antara tersibuk di dunia di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lebih 600 tahun dahulu. Sebagai empayar yang hebat, pastinya pelbagai negara turut ingin menguasai Melaka maka berlakunya era penjajahan oleh Portugis, Belanda kemudiannya British. Zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan era penjajahan telah meninggalkan banyak tinggalan bersejarah baik dari segi monumen mahu pun artifak. Artifak-artifak ini adalah penting sebagai pembuktian kewujudan dan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka disamping dapatan melalui penulisan-penulisan lain oleh ahli sejarah.
Negeri Melaka sedia dikenali seantero dunia sebagai salah sebuah empayar maritim yang mempunyai pelabuhan antara tersibuk di dunia di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lebih 600 tahun dahulu. Sebagai empayar yang hebat, pastinya pelbagai negara turut ingin menguasai Melaka maka berlakunya era penjajahan oleh Portugis, Belanda kemudiannya British. Zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan era penjajahan telah meninggalkan banyak tinggalan bersejarah baik dari segi monumen mahu pun artifak. Artifak-artifak ini adalah penting sebagai pembuktian kewujudan dan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka disamping dapatan melalui penulisan-penulisan lain oleh ahli sejarah.
Selat Melaka : Selat Tersibuk di Dunia
Sejak di zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini, Selat Melaka merupakan laluan tersibuk di dunia dengan pelbagai jenis kapal dagang melalui perairan ini. Selat Melaka mempunyai panjang sejauh 930 kilometer dan lebarnya 38 kilometer manakala kedalamannya pula purata sedalam 25 meter. Selat Melaka menghubungan perdagangan Timur dan Barat melalui Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Nama Selat Melaka dipercayai diambil sempena nama Pelabuhan Melaka yang begitu terkenal sebagai pelabuhan entrepot sekitar abad ke-16 dan 17.
Apa itu Arkeologi Maritim?
Merupakan cabang ilmu arkeologi yang mengkaji dan menyelidik hubungan antara manusia dan perairan melalui pendekatan maritim. Antara kegiatan maritim yang dikaji ialah berkaitan pengangkutan air, fasiliti di persisiran pantai, kargo dan tinggalan tubuh manusia. Objek-objek kajian pula terdiri daripada insfrastruktur pelabuhan, dok kapal, perahu, kapal, rumah api, pelampung, manusia dan lain-lain lagi termasuk artifak. Pendekatan ini dilakukan bagi mengkaji kehidupan masyarakat yang menjadikan perairan sebagai sumber dalam segenap aspek kehidupan.
Penyelidikan Arkeologi Maritim Fasa I
Pada 25 hingga 31 Mac 2021 satu penyelidikan arkeologi maritim telah dilaksanakan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama dari Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan penyelidik bebas di dua kawasan iaitu kawasan tambak laut Kota Syahbandar dan Pulau Melaka. Tinjuan awal selama seminggu mendapati tapak ini berpotensi dari sudut penyelidikan Arkeologi Maritim dengan pelbagai jumpaan ditemui antaranya ialah rangka kapal/perahu, seramik, porselin, tembikar dan duit syiling. Rangka kapal/perahu ini dipercayai dari abad ke-15 berdasarkan pentarikhan jumpaan artifak-artifak di dalam dan sekitar jumpaan rangka kayu tersebut.
Penyelidikan Arkeologi Maritim Fasa II
Kajian lanjut bagi fasa II telah disambung oleh pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Ia telah dilaksanakan pada 20 Oktober 2021 hingga 2 Disember 2021 yang diketuai oleh Drs. Mohd Nasruddin bin Rahman, Pengurus Besar PERZIM dengan bantuan pakar Arkeologi Maritim iaitu Prof. Madya Dr. Asyaari bin Muhamad dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi kajian kali ini lebih tertumpu di kawasan tambak laut berdekatan Pulau Melaka dan kaedah yang digunakan ialah Arkeologi Menyelamat di mana para penyelidik berusaha mengeluarkan seberapa banyak artifak yang terdapat di kawasan tersebut.
Jumpaan Arkeologi Menyelamat di Kawasan Tambak Pulau Melaka
Selain rangka-rangka kayu purba dari jenis kayu Merbau yang dipercayai dari abad ke-16 hingga ke-17, terdapat banyak jumpaan artifak-artifak semasa kerja-kerja penggalian arkeologi dilaksanakan. Antara yang banyak ditemui ialah serpihan porselin biru dan putih, celadon, tembikar batu dan tembikar tanah. Artifak ini adalah berasal dari China sekitar abad ke-15 hingga ke-18 iaitu sezaman dengan Dinasti Ming hingga Dinasti Ching. Selain itu, terdapat juga jumpaan duit syiling zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu syiling zaman Sultan Muzaffar Syah.
Kajian di kawasan tambak laut Pulau Melaka ini menunjukkan penemuan artifak yang terbanyak ialah seramik iaitu kira-kira 90% dari jumpaan. Terdapat tiga jenis seramik yang ditemui iaitu 80% terdiri daripada kategori porselin biru dan putih (zaman Dinasti Ming dari abad ke-15 hingga ke-17 dan zaman Dinasti Ching dari abad ke-19). Tembikar batu sebanyak 15% iaitu dari akhir abad Dinasti Ming dan awal Dinasti Ching. Seterusnya tembikar tanah sebanyak 5% yang dipercayai dari abad ke-19.
Seramik-seramik yang ditemui dijumpai secara tersusun rapi namun kebanyakkan telah pecah. Ia adalah berasal dari daerah Jiajing dan Jingdezhen di China. Seramik yang dijumpai terdiri daripada pinggan, mangkuk dan cawan yang mempunyai pelbagai motif. Motif fauna terdiri daripada naga, monyet, burung bangau, dan ikan, manakala motif flora terdiri daripada bunga kiambang dan teratai. Tidak ketinggalan juga motif permandangan alam semula jadi.
Antara porselin biru putih zaman Dinasti Ming yang ditemui |
Proses penggalian yang rumit di dalam selut yang tebal dan keras |
Antara jumpaan dalam keadaan sempurna |
Jumpaan artifak mangkuk yang hampir sempurna |
Pinggan porselin biru putih zaman akhir Dinasti Ming dan awal Dinasti Ching antara yang banyak ditemui |
Setiap proses direkodkan |
Oleh :
Fairus bin Haji Mamat
Penolong Kurator
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Tak heranlah sebab melaka memang tempat bersejarah
ReplyDeleteItu sudah pasti.
DeleteSejarah ini kena bagi tahu kepada generasi muda sekarang
ReplyDeleteYa benar tu.
DeleteTakde la minat sejarah sgt tp kdg terujq tgk org buat kajian kajian camni..sbb ianya rare..pasni pamer kat muzium ke brg2 yg dijumpa tu?
ReplyDeleteAda yang telah dipamerkan di muzium. Ada yang elok, ada yang serpihan saja
Deletewow begitu banyak khazanah di jumpai. Kalau pecah bila di pamerkan di biar gitu atau di perbaiki ya.
ReplyDeleteBanyak lagi yang masih terkambus di dalam selut dan lumpur
Deletebagus la ada proses excavation mcm ni. pastinya semua khazanah n harta karun akan dijumpai dan diselamatkan....
ReplyDeletekhazanah lama yg
ReplyDeleteberharga .
mangkuk zaman dulu
kalu korek2 jpa ni mesti excited🥰
banyak bahan bersejarah ditemui sekitar daratan Melaka saja
ReplyDeleteSaya pula yang teruja melihat artifak yang ditemui :D
ReplyDeleteMenarik dan seronok bila jumpa barang2 yang bertahun lamanya..
ReplyDeletehadir baca.
ReplyDeletetambah ilmu tentang negeri sendiri :)
tq fairus.
menarik..brg2 seramik dari cina tu dibawa oleh puteri hang li po kot...atau laksamana cheng ho...
ReplyDelete