Di hujung-hujung cuti sekolah ini aku membawa anak-anak bermain-main di pantai. Pantainya tidak jauh dari rumah mak aku. Jika dahulu, terdapat jalan pintas dari rumah mak aku ke pantai, namun jalan tersebut telah dipagar. Dulu hanya perlu berjalan kaki sahaja, namun sekarang perlu pusing agak jauh sedikit untuk ke pantai.
Pergi ke kawasan pantai di situ membuatkan aku kembali mengingati kisah lama. Kisah lama tu bolehlah di baca di entri INI.
Aku pernah tergelincir di hujung jeti masa kecil-kecil dahulu |
Jeti lama LLN semakin usang |
Pemandangan di hujung jeti lama LLN |
Masa kecil dahulu aku suka mencari siput yang terlekat di batu-batu di persisir pantai. Hari ini aku mengembalikan nostalgia lalu dengan kembali mencari siput dan ternyata ia masih boleh diperolehi dengan banyak. Aku mencari siput sendirian tanpa melibatkan anak-anak kerana kawasannya berbatu dan agak merbahaya.
Balik ke rumah aku segera membersihkan siput-siput tersebut agar hilang segala kotoran. Setelah dipastikan bersih, aku merebusnya ke dalam periuk berisi air dan aku letakkan beberapa cubit garam.
Pelbagai bentuk siput dan ia boleh dimakan |
Masaknya pun tidak memerlukan masa yang lama. Dalam 10 - 15 minit sudah boleh ditutup api dan ditoskan untuk mengeluarkan air. Tunggu siput-siput sejuk sedikit sudah boleh dimakan. Cara makannya ialah dengan mencungkil isi siput dengan menggunakan jarum atau spin. Mudah saja. Aku menikmati siput ini dengan dua orang anak aku, dua orang lagi tidak berminat nak mencuba.
Kalian pernah merasai siput ini? Cuba komen. 😀
Oh, sy tak tahu siput yg ni boleh dimakan juga ya, mesti sedap cicah sos Thai.
ReplyDeleteCantik siputnya xpernah makan lagi selalu makan remis saja
ReplyDeleteOh? boleh makan eh?
ReplyDeleteCengkerang siput tu boleh buat perhiasan
ReplyDeleteApa rasanya siput tu?
ReplyDeletekenangan indah zaman dulu, memang sentiasa dikenang. Best bw ank2 blh cerita pd dorang. Biar dorang tahu.
ReplyDeleteKalu zaman ciknur pula kutip siput kat sawah padi tu. Berlumba lumba kutip
Saya suka belek cengkerang siput di pantai, cantik-cantik bentuknya.
ReplyDeleteMakan belum pernah lagi. Rajin anak dara en.fairus mencungkil isi siput 👏🏽
Saya suka belek cengkerang siput di pantai, cantik-cantik bentuknya.
ReplyDeleteMakan belum pernah lagi. Rajin anak dara en.fairus mencungkil isi siput 👏🏽
siput sedut jer yang pernah makan..tu pun jenuh..selalu tertelan kepingan hitam dihujungnya.
ReplyDeletecantik siputnya...tak pernah makan, siput sedut je pernah..
ReplyDeleteX pernah rasa siput ni.. xtau plak boleh mkn sbb cantikkk
ReplyDeletebaru tau siput tu boleh dimakan rupanya ye, ngerinya jatuh kat jeti
ReplyDelete