Thursday, December 1, 2022

T-shirt UNIQLO Murah

Tengah hari tadi, sesudah makan berlaukkan asam pedas pari dan siput sedut, aku melapangkan masa untuk ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall yang hanya sekangkang kera dari pejabat aku. Sebenarnya, walaupun pusat membeli belah tersebut amat dekat namun aku jarang mengunjunginya. Dulu-dulu rajinlah juga.

Niat hati nak tengok-tengok saja, kalau-kalau ada yang berkenan di hati. Aku juga sudah terpengaruh dengan kata-kata bos Sumber Manusia di tempat kerja yang menjadi teman sebilik semasa lawatan kerja di Sarawak tempoh hari. Dia menyatakan bahawa dia suka memakai pakaian jenama UNIQLO kerana selesa dipakai.

Aku apa lagi, tempat yang dituju ialah butik UNIQLO. Cantik jugalah pakaian-pakaiannya. Cuma nampak sesuai untuk generasi kini. Kita yang dah 4 siri ni kalau pakai nampak macam orang mudalah. 

Jadi, aku terminat pula dengan sejenis t-shirt ni. Alaaa.., t-shirt kosong saja. Tiada sebarang cap pun. Harganya pun murah. Bolehlah pakai bawa pergi keluar rumah. Aku ni biasa pakai baju jersi je. Haha.. 



Tak pastilah, harga ini merupakan harga sebenar atau harga offer. Hanya RM19.90 sehelai. Jadi aku beli 2 helai. Satu warna oren dan 1 warna biru. 

11 comments:

  1. Ank bujang ciknur suka sgt ni. TSHIRT uniqlo
    koleksi dia dan pantang ada offer

    ReplyDelete
  2. Sy perasan adik lelaki sy pn suka jenama ni.. betul kot materialnya selesa dan harga berpatutan

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka shopping di Uniqlo, jenis Airism paling selesa pakai. Tshirt ni memang harga RM19.90. Ada satu jenis lagi dengan harga sama tapi leher jenis V.

    ReplyDelete
  4. Bagi saya pakaian Uniqlo sesuai untuk semua peringkat umur. Tshirt corak kartun kalau pandai digayakan boleh je nampak sepadan dengan usia

    ReplyDelete
  5. abe kie pun sdg mencari singlet berwarna yg sesuai. harap berjumpa yg berkualiti n cantik mcm ni..

    ReplyDelete
  6. ok harga tu dan yg penting selesa

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka jugak membeli di Uniqlo. Saya beli masa Sale, barulah boleh merasa yang betul sedap di pakai tapi dengan harga tak rasa bersalah nak membayar. Hehe

    ReplyDelete
  8. lom pernah lagi soping di uniqlo.
    tapi memang tau harganya amat affordable.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.