Wednesday, December 14, 2022

Sambar Lagi Baju UNIQLO

Sudahlah selesa dipakai, murah pula tu. Apa lagi... masuk saja waktu rehat tengah hari, aku menapak ke Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Tidak lain, tidak bukan, aku terus menuju ke butik UNIQLO.



Tempoh hari telah aku beli 2 helai baju UNIQLO. Kali ini aku beli 2 helai lagi yang berlainan warna. Satu warna kelabu gelap dan satu lagi warna hijau gelap. Bolehlah bawa keluar rumah dan buat baju basahan. Baju-baju lain sudah tidak muat. Tak pastilah sama ada baju itu yang mengecil atau badan aku yang bertambah berisi. Hehe...

Sebenarnya banyak juga baju-baju kemeja lengan panjang yang cantik-cantik di butik UNIQLO ni. Sesuai juga dipakai ke tempat kerja. Tapi harganya boleh tahan juga. Takpe, kumpul duit dulu, nanti dah nak masuk tahun baharu, boleh beli untuk dipakai tahun hadapan. 😀👍🏼

5 comments:

  1. Yang penting harga berpatutan dan selesa dipakai

    ReplyDelete
  2. ada jg beli seluar pjg & t-shirt uniqlo, mmg selesa...material kain dia lembut & tak panas..

    ReplyDelete
  3. Eh eh...bleh geng ngan Uncle Dania la ni...fav dia la ni t-shirt atau kemeja Uniqlo ni...kainnya dan material sgt kualiti

    ReplyDelete
  4. Asal selesa pakai. Warna pun cun tu.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.