Baru-baru ini aku telah mengeluarkan dua buah entri tentang dunia permuziuman di mana ia merupakan bidang pekerjaan aku. Mungkin tidak seperti bidang pekerjaan yang lain, muzium merupakan antara pusat pendidikan dan penyelidikan yang mana ramai pelajar, pengkaji dan penyelidik membuat rujukan.
Aku juga merupakan antara individu yang kerap didatangi oleh para penyelidik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bahkan aku gemar 'melayan' mereka kerana memang tugas aku untuk berbuat demikian. Dan aku membantu mereka sebaik mungkin kerana aku memiliki semangat (passion) dalam bidang yang aku ceburi ini.
Jadinya, mengapa aku letakkan keterangan diri aku di dalam kedua-dua entri berkenaan dengan maklumat nama, jawatan, bahagian dan jabatan? Tujuannya tak lain tak bukan bagi membolehkan sekiranya terdapat mana-mana individu ingin mengambil dan memetik penulisan tersebut bagi membuat tugasan mereka sama ada assignment, penyelidikan dan sebagainya.
Aku sekadar ingin menyatakan bahawa entri tersebut ditulis oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti untuk menulis entri itu di mana sememangnya aku bekerja dalam bidang permuziuman. Jadi, bagi individu yang ingin memetik penulisan atau entri tersebut tidak perlu ragu-ragu kerana ia ditulis oleh the right person. Niat aku sekadar membantu, jika penulisan tersebut dirasakan boleh membantu dalam menyiapkan tugasan kalian, silalah ambil.
Semoga penulisan-penulisan entri aku berkaitan bidang permuziuman boleh dimanfaatkan orang mereka yang memerlukannya.
😊😊😊
Setuju tu.. bg sy x salah... lagipun ini boleh dikira sbg harta intelek kita
ReplyDeleteIni barulah 'sumber' yang boleh dipercayai.
ReplyDeleteTahniah saudara Fairus. Peranan saudara sangat penting dalam memartabatkan warisan budaya masyarakat kita. Pembaca tidak perlu berasa ragu kerana saudara memang boleh dijadikan pakar rujuk yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
ReplyDeleteSewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Bandar Hilir Melaka dua minggu lepas, walaupun tidak semua tempat kami lawati, memang saya teringat tulisan-tulisan saudara Fairus berkaitan sejarah Melaka.
betul, setuju 100%...bila orang yg pakar menulis ttg perkara yg dlm bidang kuasa dia, lebih memberi keyakinan kpd pembaca & mereka yg ingin ambil information tersebut..
ReplyDeleteSaya suka pergi Muzium. Selepas ni, kalau saya ke Muzium, saya nak abadikan di dalam blog saya.
ReplyDeletePada uncle ini sangat penting....
ReplyDeleteSetuju...terutama student, jangan main copy n paste je ye adik-adik. kena ada footnote bila tulis assignment
ReplyDeletebagus tu fairus, senang juga utk diorg hubungi bila ada detail mcm ni
ReplyDeletebagus gitu. memang perlu bagi aida.
ReplyDeleteagar pembaca tahu info tu sahih.