Monday, December 19, 2022

Perlukah Letak Sebegitu Terperinci?


Baru-baru ini aku telah mengeluarkan dua buah entri tentang dunia permuziuman di mana ia merupakan bidang pekerjaan aku. Mungkin tidak seperti bidang pekerjaan yang lain, muzium merupakan antara pusat pendidikan dan penyelidikan yang mana ramai pelajar, pengkaji dan penyelidik membuat rujukan. 

Aku juga merupakan antara individu yang kerap didatangi oleh para penyelidik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bahkan aku gemar 'melayan' mereka kerana memang tugas aku untuk berbuat demikian. Dan aku membantu mereka sebaik mungkin kerana aku memiliki semangat (passion) dalam bidang yang aku ceburi ini.

Jadinya, mengapa aku letakkan keterangan diri aku di dalam kedua-dua entri berkenaan dengan maklumat nama, jawatan, bahagian dan jabatan? Tujuannya tak lain tak bukan bagi membolehkan sekiranya terdapat mana-mana individu ingin mengambil dan memetik penulisan tersebut bagi membuat tugasan mereka sama ada assignment, penyelidikan dan sebagainya. 

Aku sekadar ingin menyatakan bahawa entri tersebut ditulis oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti untuk menulis entri itu di mana sememangnya aku bekerja dalam bidang permuziuman. Jadi, bagi individu yang ingin memetik penulisan atau entri tersebut tidak perlu ragu-ragu kerana ia ditulis oleh the right person. Niat aku sekadar membantu, jika penulisan tersebut dirasakan boleh membantu dalam menyiapkan tugasan kalian, silalah ambil.

Semoga penulisan-penulisan entri aku berkaitan bidang permuziuman boleh dimanfaatkan orang mereka yang memerlukannya. 

😊😊😊

9 comments:

  1. Setuju tu.. bg sy x salah... lagipun ini boleh dikira sbg harta intelek kita

    ReplyDelete
  2. Ini barulah 'sumber' yang boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  3. Tahniah saudara Fairus. Peranan saudara sangat penting dalam memartabatkan warisan budaya masyarakat kita. Pembaca tidak perlu berasa ragu kerana saudara memang boleh dijadikan pakar rujuk yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
    Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Bandar Hilir Melaka dua minggu lepas, walaupun tidak semua tempat kami lawati, memang saya teringat tulisan-tulisan saudara Fairus berkaitan sejarah Melaka.

    ReplyDelete
  4. betul, setuju 100%...bila orang yg pakar menulis ttg perkara yg dlm bidang kuasa dia, lebih memberi keyakinan kpd pembaca & mereka yg ingin ambil information tersebut..

    ReplyDelete
  5. Saya suka pergi Muzium. Selepas ni, kalau saya ke Muzium, saya nak abadikan di dalam blog saya.

    ReplyDelete
  6. Setuju...terutama student, jangan main copy n paste je ye adik-adik. kena ada footnote bila tulis assignment

    ReplyDelete
  7. bagus tu fairus, senang juga utk diorg hubungi bila ada detail mcm ni

    ReplyDelete
  8. bagus gitu. memang perlu bagi aida.
    agar pembaca tahu info tu sahih.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.