Pada 19 Disember 2022 aku berkesempatan ke Muzium Sejarah Jakarta. Aku ke sana untuk menghadiri mesyuarat dan lawatan tapak berkait cadangan untuk menubuhkan Galeri Melaka @ Jakarta.
Apa yang uniknya, bangunan Muzium Sejarah Jakarta dikenali sebagai Stadthuys sama seperti bangunan Stadthuys yang menempatkan Muzium Sejarah Melaka. Kedua-duanya adalah bangunan tinggalan penjajah Belanda. Cuma bangunan Stadthuys di Jakarta berwarna putih manakala bangunan Stadthuys di Melaka berwarna merah. Namun, warna asal bangunan Stadthuys di Melaka sebenarnya berwarna putih, dicat oleh Inggeris pada sekitar 1920-an dengan warna merah.
Di hadapan Muzium Sejarah Jakarta terdapat sebuah dataran yang luas yang sering dipenuhi oleh orang ramai lebih-lebih lagi semasa cuti hujung minggu. Dataran ini dikenali sebagai Dataran Fatahillah. Di sekeliling dataran ini mempunyai beberapa buah muzium dan juga monumen bersejarah.
Antara yang tertarik di hati aku ialah berkenaan sebuah meriam lama yang dikenali sebagai Meriam Si Jagur. Meriam ini berdekatan dengan Dataran Fatahillah dan Kantor Pos. Semasa bermesyuarat bersama pegawai Muzium Sejarah Jakarta, salah seorang daripada kakitangannya menyatakan bahawa meriam ini pernah berada di Melaka.
Meriam ini memiliki ukuran panjang 3.85 meter manakala beratnya ialah 3.5 tan. Diletakkan di atas struktur batu dan dipagari dengan pagar besi yang rendah. Walaubagaimanapun, tiada sebarang papan penerangan yang ditempatkan pada monumen meriam ini.
MILIK SIAPAKAH MERIAM SI JAGUR?
Meriam ini bukan milik Melaka tetapi pernah berada di Melaka selama puluhan tahun. Meriam ini sebenarnya dibuat oleh bangsa Portugis di Macau. Terdapat catatan menyatakan ia dibuat oleh Manuel Taveres Baccaro pada sekitar abad ke-15. Ia dibawa dan digunakan di Melaka semasa penjajahan Portugis di Melaka.
BAGAIMANA MERIAM INI BERADA DI JAKARTA?
Pada abad ke-16, Belanda telah menguasai Melaka daripada tangan Portugis. Meriam Si Jagur buatan Portugis ini telah dirampas oleh pihak Belanda dan dibawa ke Batavia (sekarang Jakarta) iaitu pusat pentadbiran Belanda di Nusantara. Nama Si Jagur digunakan berkemungkinan diambil sempena nama tempat asal meriam ini ditempatkan iaitu di St. Jago De Barra, iaitu di Macau.
SIMBOL JARI DI MERIAM SI JAGUR
Jika diperhatikan pada pangkal meriam ini jelas menunjukkan isyarat lucah.Tak pasti mengapa ia diperbuat begitu, tiada fakta yang khusus ditemui. Di Indonesia, hanya mitos ditemukan sehingga terdapat kisah-kisah pemujaan terhadap meriam tersebut bagi tujuan kesuburan wanita. Malah terdapat peristiwa menyatakan sekiranya terdapat wanita mandul, apabila mengadakan aktiviti pemujaan atau membayar niat maka akan berpeluang untuk menimbang cahaya mata.
Namun sebenarnya, pada pandangan masyarakat Portugis dan beberapa negara barat, simbol berkenaan merupakan simbol bernasib baik (good luck). Berbeza dengan pemikiran rakyat di Indonesia, Malaysia bahkan di negara Asia Tenggara yang menyamakan ia sebagai alat sulit kaum wanita.
unik betul meriam ni ada pula bentuk tangan ye
ReplyDeletehuisshhh..terkejut tengok isyarat tangan tu. tapi tu lah kan.. lain benua, lain tafsiran isyarat tangan nya
ReplyDeleteTak tau pulak simbol mcm tu lucah...ingat purposely buat supaya senang nak pegang..
ReplyDeleteBegitu teliti pembikinan meriam, siap ada bentuk simbolik. Terima kasih berkongsi kisah sejarah begini.
ReplyDeleteinfo yang menarik. thanks for sharing. bodek lah bos lepas ni buat lawatan ke Macau pulak
ReplyDeleteMeriam tu tunjuk penumbuk ke apa tu....?
ReplyDeleteoo..dari Melaka rupanya...emangnya Melaka & tanah Jawa itu ada kaitan ya...sampaikan ada pembayang pantun 'Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa hamba dirikan'..
ReplyDeleteaisehh bang, apsal x bgtau wak nk dtg jakarta masa ni? huhu
ReplyDelete