Monday, December 19, 2022

Keindahan Hutan Pinus, Cikole, Lembang, Bandung Indonesia

Sampai sahaja Jakarta semalam, terus bertolak ke Bandung untuk melihat barang-barang galeri Melaka yang telah telah ditempatkan di dua buah setor iaitu di Bandung dan Subang, Indonesia. Aku ke Indonesia ini bukanlah melancong semata, tetapi ada tugasan jabatan.

Galeri Melaka di Jakarta perlu ditempatkan di lokasi baharu kerana di bangunan lama telah tamat tempoh sewaannya dan tidak lagi diperbaharui. Jadinya, kami ke Jakarta bagi memulakan perbincangan untuk menempatkan Galeri Melaka di sebuah ruang yang terdapat di dalam Muzium Sejarah Jakarta. 

Perkara ini secara dasarnya telah dipersetujui dan tindakan selanjutnya akan menyusul. Kedua-dua pihak akan bekerjasama memberikan ruang bagi pengisian galeri di mana akan terdapat ruang galeri Muzium Sejarah Jakarta di Muzium Melaka manakala terdapat Galeri Melaka di Muzium Sejarah Jakarta. 

Berbalik kepada pergi ke Bandung, aku dan 3 orang lagi wakil jabatan telah singgah minum di Restoran Lima Segi. Restoran ini berdekatan dengan hutan pokok pines atau di Indonesia dikenali sebagai pinus. 

Kawasannya sungguh cantik dan menarik. Kehijauan membuatkan jiwa terasa tenang walaupun telah lebih 3 jam perjalanan yang sedikit memenatkan. Apabila tiba lewat petang, kabus mula menyelubungi segenap kawasan tersebut sehingga jarak penglihatan agak terbatas. Cuaca sejuknya mengalahkan Cameron Highlands.

Hutan Pinus ini terletak di kawasan pelancongan popular di Bandung iaitu Tangkuban Perahu. Agak ramai pelancong di sini dan jalan rayanya begitu sesak dengan kereta dan bas. Insyaallah, suatu hari nanti, jika ada rezeki, teringin untuk membawa keluarga bercuti di sini

Kehijauan hutan pokok pines yang mendamaikan jiwa

Pokok-pokok pines yang tinggi melangit

Terdapat juga ruang untuk berkhemah serta glamping

Bergambar kenangan tanda sudah sampai.

Konsep restoran yang menarik. Santai sambil meningkmati pemandangan alam ciptaan Allah SWT






10 comments:

  1. yaa..kalau atas dasar tugasan memang tak dapat ke mana. Lainlah bercuti yea dok...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya lawatan kerja di negara orang. Selamat bertugas & sambil2 tu menikmati pemandangan di negara jiran :)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada kerjasama begini, boleh memperkenalkan Melaka di sana.

    Seronok dapat bersantai di Hutan Pinus, tenang.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya..macam pernah tonton filem yang shooting kat sini.sejuk-sejuk layan kopi memang asyiiik

    ReplyDelete
  5. Cantik sgt pokok pine... dh mcm view dlm movie omputih je

    ReplyDelete
  6. WAH JAUH LAKSANAKAN TUGAS PENTING TU..BAGUSNYA ADA MUZIUM MELAKA DI SANA JUGA

    ReplyDelete
  7. cantiknye pemandangan.. sambil makan tengok pemandangan mcm ni terasa tenang aje

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.