Monday, December 19, 2022

Idea Menarik Menceriakan Alat Pemadam Api

Dalam jam 1.30 pagi (18.12.22) aku telah bertolak dari Melaka ke KLIA2 untuk ke Jakarta. Waktu boarding adalah pada jam 6.15 pagi dan kapal terbang berlepas pada jam 6.55 pagi. Di dalam penerbangan memang tak buat apa pun, sebab sudah mengantuk sangat sebab lama berjaga. Jadinya, aku hanya tidur sepanjang penerbangan. Cuma terjaga sebentar apabila pramugari menghantar makanan. Setelah makan, aku kembali sambung tidur. 

Tiba di Soekarno-Hatta Internasional Airport, Jakarta menghampiri jam 8.00 pagi. Apabila keluar dari kapal terbang, aku tertarik dengan keindahan lapangan terbang ini yang menonjolkan unsur-unsur seni dan kreatif. 

Antara yang aku tertarik ialah hasil seni yang menggabungkan lukisan dan alat pemadam api yang diletakkan di dinding-dinding lapangan terbang ini. Berikut beberapa gambar yang sempat aku rakamkan.














Nak jugak masuk frame


9 comments:

  1. Menarik!! Org indon ni mmg kreatif.. selamat bermusafir di negara sang saka merah putih

    ReplyDelete
  2. Amboi...cantik2 la dan kreatif orang sana erk...

    ReplyDelete
  3. Aah lah, nice sangat ideanya. Tak adalah awkward aje alat tu di situ kan.

    ReplyDelete
  4. Saya terfikir, adakalanya Indonesia lebih kehadapan dalam satu-satu perkarkara daripada kita, terutama sekali hasil seninya!

    ReplyDelete
  5. ha, ni kalau tak tau lagi pemadam api kat mana memang saja jer. Wah, know know sampai Jakarta

    ReplyDelete
  6. gambar budak bawak bagpack tu nampak 3d macam real laa

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.