Saturday, November 26, 2022

Pameran Nostalgia Anak Kampung : Kenduri Kendara @ Muzium Negara

Hari ini berkesempatan ke Muzium Negara bagi mengikuti Majlis Perasmian Pameran Nostalgia Anak Kampung : Kenduri Kendara @ Muzium Negara. Pameran ini berlangsung di ruang pameran sementara di Muzium Negara bermula 12 November hingga 31 Disember 2022.

Bagi yang duduk berdekatan bolehlah meluangkan masa untuk mengunjungi pameran ini yang pastinya akan mengimbau kembali kenangan lalu nan menusuk kalbu. Bawa sekali anak-anak agar mereka tahu dan mengerti akan warisan dan budaya kita.

Macam biasalah, sebagai jurugambar tidak terlatih, sempat aku menangkap beberapa gambar sebagai kenang-kenangan bagi membuktikan aku hadir ke pameran ini. 😀😀😀























Thursday, November 24, 2022

Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog


Jom sama-sama memeriahkan lagi giveaway ini yang dianjurkan oleh Syazni Rahim. Berikut adalah syarat-syaratnya :

Tarikh Segmen :
Bermula dari 17/11/2022 sehingga 30/11/2022. Pada 1 Disember, SR akan umumkan pemenangnya.

Hadiah pemenang :
3 pemenang akan dipilih secara undian rawak, dan akan menerima :
- 1 kotak misteri!
- Backlink dalam setiap entri yang akan SR post sepanjang bulan Disember 2022 ini!

Syarat Penyertaan :
1. Buat 1 post bertajuk Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog.

2. Letak banner Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog seperti di atas.

3. Linkkan post kepada entry Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog di blog SR.

4. Kongsikan link ke post penyertaan kalian di bahagian komen entry.

5. Alamat untuk menerima kotak misteri adalah dalam Malaysia sahaja.

6. Seorang blogger boleh sertai lebih dari sekali sekiranya ada banyak blog, dengan syarat semua blog harus follow syarat 1 - 4.

Bagi yang ingin menyertainya, sila klik di bannner di atas. 😎😎😎

Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10

 


Setelah 6 hari Pilihanraya Umum Malaysia ke-15 berlalu, akhirnya negara kita Malaysia telah sepakat secara kerajaan perpaduan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Apa-apa pun tahniah diucapkan.

Tidak kisahlah kita ini penyokong parti atau orang atas pagar, kita terimalah seadanya siapapun Perdana Menteri. Moga beliau dapat melaksanakan tugasan dengan baik khusus untuk keamanan dan kemakmuran Malaysia yang tercinta ini.

Tiada masa lagi kita untuk berundur ke belakang, negara-negara jiran yang dahulunya terkebelakang dengan kita sudah mengorak maju ke hadapan. Usah biarkan negara kita terus ketinggalan. Sampai bila kemelut politik perlu berterusan?

"Jawatan atau kedudukan dalam Islam bukan tashrif (kemuliaan), sebaliknya taklif iaitu beban yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT".

Sunday, November 13, 2022

Cara Pujuk Isteri Sebelum Berjauhan

Bukan senang nak senang tuan-tuan. Nak-nak bagi yang belum berkahwin kena belajar dengan pakcik yang sudah beranak lima ni. Hahaha... Emm.. Begitulah hendaknya apabila mahu meninggalkan isteri dan anak-anak pada jangka masa yang agak panjang. 

Nak diceritakan, pada pertengahan bulan ini aku akan ke bumi Kenyalang untuk lawatan kerja. Bukan sehari dua tapi empat hari. Jenuh jugalah nak beri apa alasan untuk meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Sebenarnya sudah lama juga surat arahan telah dikeluarkan tapi aku masih berahsia dengan isteri bagi menunggu masa yang sesuai untuk memberitahunya. Bulan Disember pula ke Pulau Pinang. Aduh, parah.

Sebelum-sebelum ini memang jadi hal kalau aku keluar lama ke negeri lain atas urusan kerja. Kali yang terakhir aku keluar dari Melaka apabila mengikuti program di Kelantan selama sepuluh hari. Masa itu anak yang bongsu baru masuk dua bulan. Memang muncung sajalah isteri aku. Tapi masa tu, lepas balik dari Kelantan terus mengambil hati isteri dengan pergi menonton wayang bersama tanpa bawa anak-anak. Kebetulan, cerita Mat Kilau baru ditayangkan.

Kali ini aku telah mempelajari dari apa yang pernah berlaku. Sebelum apa-apa terjadi, aku bawa isteri aku bercuti dahulu. Tak jauh mana pun, dekat saja. Sangat dekat dengan rumah aku tak sampai lima kilometer iaitu di The Atlantis Residences Melaka. Bak kata orang, nak suasana saja. Nak 'suasana' punya pasal, satu malam RM500.00. Haha.

Sebenarnya, kami turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung, Muhammad Fahim yang telah mencapai usia 14 tahun. Sambut dalam bilik saja sambil order KFC melalui Food Panda

Apabila sudah dibawa bercuti ni, untuk meninggalkan isteri dan anak-anak nanti dah tak 'tegang' sangat walaupun kalau boleh isteri tak beri juga aku keluar rumah lama-lama. Nak buat macam mana, yang pilih ialah big bos, bukan aku yang saja-saja nak ikut. 

Namun, sebenarnya ada jugalah aku menolak untuk sertai mana-mana lawatan kerja di luar Melaka. Contohnya baru-baru ini ada lawatan kerja ke Perak selama 3 hari 2 malam, aku maklumkan aku tak dapat sertai dengan sebab-sebab tertentu. Tapi sampai bila aku mahu menolak? Urusan kerja, bukan aku pergi melancong atau melencong. 🤔

Isteri aku sebenarnya faham kerja aku. Cuma, iyalah... Anak-anak ramai, masih bersekolah dan ada yang masih belum setahun, dia seorang yang kena uruskan semua nanti. Bukan tak kesian, memang kesian. Tapi itulah.. Nak buat macam mana kan. Pandai-pandailah bawa berbincang suami isteri. Hihi.

Dahlah... cukuplah sesi luahan perasaan ini. Haha.. layan saja gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semasa 'bercuti' di The Atlantis Residences Melaka

Kalau rajin nanti, aku buat review sedikit tentang The Atlantis Residences Melaka di entri yang lain pula. Huh, entri ni pun dah seminggu berlalu baru nak post. Tengoklah macam mana nanti. 
😅😅😅

Ruang lobi

Pemandangan malam di atas 40

Pemandangan Bandaraya Melaka dari aras 40 pada waktu siang

Malam-malam pun layan mandi

Pemandangan kolam pada waktu malam

Terdapat ruangan kanak-kanak

Diambil dari bilik di aras 20

Masa bersantai ala-ala mat saleh di tepi kolam, aku angkat gambar ni