Sebenarnya sudah lama juga tak sertai segmen hadiah percuma (giveaway). Sekali sertai, tup-tup terpilih pula sebagai salah seorang penerima hadiah. Baru-baru ini, aku telah dipilih sebagai pemenang saguhati daripada blogger Mamapipie sempena segmen hadiah percuma (giveaway) yang beliau laksanakan. Alhamdulillah.
Hadiahnya ialah cermin. Ya, cermin muka. Barangkali Mamapipie minta aku "kau tengok muka kau dalam cermin!!!" Pasal tu aku dapat cermin kot. Hahaha. Gurau saja.
Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada Mampipie atas pemberian ini. Aku amat menghargainya. Cermin ni pun telah berjasa buatku. Disebabkan ia mudah dibawa ke mana sahaja, aku menggunakannya untuk merapikan misai, jambang dan janggut di belakang rumah. Barulah rileks sahaja. Buat kerja sambil duduk. Kalau di bilik air perlu berdiri sambil merapi.
Ops! Sebenarnya cermin ini berlampu disekelilingnya. Tapi aku belum cuba lagi kerana belum beli bateri. Balik kerja nanti nak beli bateri. Barangkali apabila cermin ini berlampu, muka akan lebih kelihatan lebih kacak. hahaha.. Gurau lagi.
Takpe kalau puji diri sendiri..kalau orang puji kembang nanti..hehehehehe
ReplyDeletecuba tanya puan isteri...tanpa lampu dicermin pun dia tetap nampak suaminya kacak
ReplyDeleteTahniah dapat hadiah. Biasanya cermin berlampu ni guna masa makeup. Untuk selfie bolehlah ni. Lighting on point :)
ReplyDeleteHaha. Nanti kalau ada lampu, puan isteri pun mesti nak pinjam untuk pakai makeup atau betulkan tudung
ReplyDeleteTahniah dapat hadiah.
ReplyDeleteBagi pinjam isteri, mesti dia suka.
tahniah2...hari2 bole belek muka cmni..hehehe
ReplyDeletekalau ON lampu2 mesti lagi jelita fairus haha.. sori gurau aje.. apapun tq support GA mama ye
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah en.fairus..
ReplyDeleteada lampu? menarik.
ReplyDeletehmm aida kalu dpt, confirm anak kedua amik buat harta.
dia memang sana sini nak bercermin. aduhai...
Nice post thank you Amanda
ReplyDelete