Sunday, October 2, 2022

Kisah Masjid Selat Melaka Yang Mungkin Orang Tak Tahu

Masjid Selat Melaka merupakan sebuah masjid terapung yang terletak di Pulau Melaka. Pulau Melaka pula merupakan sebuah pulau buatan manusia yang telah ditambak. Pulau ini terletak di Selat Melaka, lantaran itu dinamakan sebagai Masjid Selat Melaka.

Masjid Selat Melaka


Pada asalnya, di kawasan Pulau Melaka ini terletak sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Jawa. Pulau Jawa telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Terdapat catatan menyatakan bahawa di sekitar Pulau Jawa merupakan kawasan kapal-kapal berlabuh sebelum masuk ke pelabuhan Melaka. 

Selat Melaka merupakan selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Ia merupakan selat yang menghubungkan jalan laut antara dunia Timur dan Barat.  Apabila berada di tepi pantai Selat Melaka, dengan jelas kelihatan kapal-kapal dagangan melalui selat ini. Aku sendiri pernah ke tengah laut untuk memancing melihat betapa banyaknya kapal-kapal besar di Selat Melaka. Ada kapal kargo, ada juga kapal minyak dan gas.

Namun, bukan pasal Selat Melaka yang aku ingin ceritakan. Aku nak bercerita pasal Masjid Selat Melaka. Sekiranya kalian mengetahui bahawa Masjid Selat Melaka, merupakan masjid yang agak unik dari segi seni bina dan lokasinya. Disebabkan itu, ramai pelancong dari luar negara datang mengunjungi masjid ini. 

Masjid ini memang biasa aku kunjungi, sebab ia merupakan masjid di mana aku menunaikan solat Jumaat. Memang ramai pelancong luar yang datang ke sini, walaupun pada hari Jumaat. Ada saja pelancong dari China, Korea dan mat-mat Saleh yang datang untuk melihat keindahannya. 

Yang amat aku kagum adalah pada pengawal keselamatannya. Beberapa kali aku perhatikan pengawalan keselamatan Masjid Selat Melaka agak fasih berbahasa Inggeris. Pelawat-pelawat luar negara yang hadir diberikan penerangan tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam masjid. Semasa khutbah dan solat Jumaat dilaksanakan, pelawat tidak dibenarkan masuk dan perlu menunggu di luar sehingga selesai solat barulah dibenar masuk. 

Masjid Selat Melaka juga merupakan kawasan tumpuan untuk penggemar fotografi untuk menangkap gambar. Suasana dan pemandangan matahari terbenam juga agak indah di sini. Jika di "Google" memang terlalu banyak gambar-gambar yang menarik memaparkan Masjid Selat Melaka.

Jadi, apa lagi... Jika berkesempatan ke Melaka jangan lupa singgah ke masjid ini. Di sekitar masjid ini juga mempunyai tempat rehat dan rawat yang sesuai dijadikan perhentian sementara meneruskan perjalanan atau aktiviti.

9 comments:

  1. Selalu datang Melaka, belum berkesempatan lagi ke sini, tapi biasa melihat dari jauh.

    ReplyDelete
  2. Pernah pergi. Memang seronok tengok laut sambil angin bertiup.
    Oh rupanya saudara Fairus solat Jumaat di sini.

    ReplyDelete
  3. OK, uncle mengaku. Uncle tak tahu...!

    ReplyDelete
  4. Cantik. Saya pernah singgah sekali je.

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak semasa naik duck tours. Tapi masa tu rasanya belum siap masjid ni. emm kena terjah ni. Cantik bila dah siap

    ReplyDelete
  6. cantik masjid ni. tak pernah singgah lg

    ReplyDelete
  7. Saya hanya pernah ke sini sekali sahaja. Itu pun tak berpeluang singgah lama.

    ReplyDelete
  8. insyaallah..bila balik Melaka nanti nak ajak suami gi sini.

    ReplyDelete
  9. Belum pernah sampai lagi. Tapi selalu nampak tourist luar datang sini. Bagus guard boleh berbahasa Inggeris, mudah untuk communicate dengan pelancong luar.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.