Saturday, October 15, 2022

Berkelana ke Pekan, Pahang

Bukan berkelana mana pun.. Sekadar bermusafir menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Pahang. Kebetulan big boss perlu ke Jakarta, jadi beliau meminta aku mewakilinya ke majlis ini. 

Majlis yang dianjurkan ini bertajuk Kolukium Al-Asar "Mengembalikan Makna Diri Bangsa". Sangat bagus tajuknya, para pembentang pun terdiri daripada para ilmuwan yang hebat-hebat. Kolukium ini diadakan di Muzium Sultan Abu Bakar.

Semasa mendapat arahan untuk menghadiri majlis ini, masanya agak suntuk. Tidak dapat jabatan menyediakan pesanan kerajaan (LO) untuk menyediakan kemudahan penginapan untuk aku. Justeru aku cuba menempah hotel melalui laman-laman tempahan hotel, namun tiada banyak hotel yang tersenarai di kawasan Pekan, jika ada pun telah penuh ditempah.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak menempah mana-mana hotel. Aku memperjudikan nasib untuk mencari sendiri hotel setibanya di sana kelak. Kebetulan aku bertolak lewat dari Melaka kerana ada beberapa program yang perlu dilakukan sebelum bertolak. Akhirnya, selepas solat Jumaat baru dapat bertolak ke Pekan, Pahang.

Sebelum ke Pekan, Pahang sempat memenuhi jemputan untuk memberi taklimat

Bukan mengajar, sekadar berkongsi pengalaman dalam bidang ekskavasi arkeologi



Tiba di Pekan, Pahang kira-kira jam 8.00 malam. Hari pun sudah gelap. Misi pertama ialah mencari tempat penginapan. Hotel yang pertama yang aku tujui ialah Inderapura Lake Resort. Alhamdulillah, ada pula kekosongan. Semasa hendak menempah secara laman maya menyatakan tidak kekosongan. Mungkin aku bernasib baik. Tak perlulah lagi mencari-cari tempat, penginapan lain.

Hotel biasa-biasa saja. Murah. Hanya RM90.00 semalaman. Oklah tu, untuk buat, tidur sebentar saja. Esok pagi-pagi sudah hendak daftar keluar (check out). Aku membayarnya secara tunai. Resitnya aku simpan untuk membuat tuntutan di jabatan nanti. 

Tiada ke mana pun malam tu. Lepas daftar masuk (check in), bergolek-golek sebentar di atas katil kemudian terus keluar mencari benda untuk dimakan. Lepas balik dari menikmati makan malam, terus lena hingga keesokkan harinya.

Esok, pagi-pagi sekitar jam 6 sudah bangun. Solat subuh dan terus ke belakang resort untuk melihat keindahan tasik yang tidak dapat aku lihat secara jelas pada malam semalam. Berikut beberapa hasil tangkapan pemandangan tasik di resort tersebut.

Subhanallah.. indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa

Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk menghirup udara segar

Allahuakbar.. Kejadian alam menunjukkan kehebatan Allah SWT





12 comments:

  1. Mujur dapat bilik. Sy kalau hotel penuh di apps, terus telefon, biasanya masih ada bilik lagi.

    ReplyDelete
  2. cerita yang menarik....ada sambungan ke bro ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sambungan. Sudah selamat kembali ke Melaka.😅

      Delete
  3. Alhamdulillah...syukur..Allah permudah segala urusan. Dapat penginapan yang selesa dan menarik dengan permandangan tasik tu. Ada jeti, memang port cantik tu.

    ReplyDelete
  4. Ohhh... berkelana....

    Mula2 baca bercelana...

    hehehehe

    ReplyDelete
  5. cantik tempatnya blogger SS tinggal di pekan...kak pernah juga ronda2 bandar pekan

    ReplyDelete
  6. Rezeki tu,maybe last minute ada yang batalkan tempahan. Menarik kursusnya. Sudah lama tak outstation

    ReplyDelete
  7. Selamat berkelana.
    Cantik-cantik gambarnya!

    ReplyDelete
  8. wahh terpegun wak tgk gmbr sunrise chantek sebegini area hotel pekan ke ni bang., hehe

    ReplyDelete
  9. Cantik view. kakak sulung ciknur kat pekan., felda chini.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.