Generasi kini hanya menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan dengan unsur-unsur hiburan. Persembahan artis, pertunjukan bunga api, apa yang lebih malang lagi apabila berlumba haram di jalan raya. Tidak kisahlah, walau apa cara sekalipun, yang penting mereka tahu akan erti kemerdekaan.
Namun, jika diselami peristiwa-peristiwa hitam zaman sebelum kemerdekaan, ternyata bukan mudah negara kita mencapai kemerdekaan. Ya, bukan mudah. Ia disulami dengan darah, keringat dan air mata oleh pejuang-pejuang terdahulu yang sanggup berkorban, bergadai nyawa demi kita generasi sekarang iaitu generasi selepas merdeka untuk terus hidup dengan aman.
Hampir 500 tahun negara kita dijajah dimulai dengan Portugis, Belanda, British, Jepun kemudiannya British kembali dan barulah kita mencapai kemerdekaan. Orang-orang terdahulu hidup diuji dalam kemiskinan, kesusahan, ditindas, didera dan pelbagai lagi ujian dalam kehidupan seharian mereka. Berat sungguh ujian masyarakat pra-kemerdekaan, namun mereka terus hidup berjuang untuk kesenangan cucu cicit di kemudian hari.
Semoga roh para pejuang dan nenek moyang yang telah bertumpah darah, membasahi keringat dan berendam air mata dirahmati oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada.
Salam kemerdekaan dari saya...
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
hii! this is my first time reading your post and i really adore your points and the messages!! <3 setuju sangat, luaran memang merdeka but kebanyakkan mindset nowadays punya generation masih dijajah oleh budaya sana. I wish that we could change that and hargai perjuangan mereka. Selamat hari merdeka!
ReplyDeleteSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 tahun.
ReplyDeleteSemoga kita terus merdeka dari segala bentuk penjajahan.
Selamat hari kemerdekaan.
ReplyDeleteBiasalah tidak tahu susah.
Uncle tunggu bila uncle nak merdeka dari hutang! huhuhu
ReplyDeleteselamat hari Merdeka❤️ tanah airku tercinta
ReplyDeleteSalam kemerdekaan
ReplyDeleteSALAM KEMERDEKAAN HARGAI NIKMAT-NYA
ReplyDeletesetuju. sambut merdeka bukan sekadar dengan hiburan. zaman sekarang penjajahan secara halus. lagi bahaya sebab tak nampak
ReplyDeletedah 65 tahun merdeka kan? Bila baca perjuangan orang2 lama memang kagum. Mereka insan terpilih. Perjuangan mereka dinikmati untuk kita hari ini. Dan perjuangan kita adalah untuk generasi akan datang.
ReplyDeletesemoga generasi akan datang dapat mempertahankan kemerdekaan ini. Aamiin...
ReplyDeleteMasih ada banyak bentuk penjajahan dalam kemerdekaan ini
ReplyDeleteMoga kita terus merdeka dalam erti kata yang sebenar :)
ReplyDeletemmg terharu baca cerita perjuangan org dulu2 untuk dapatkan kemerdekaan
ReplyDelete