Thursday, June 9, 2022

Melaka Mula Rancak Tetapi Tak Berdosa

Gambar sekadar hiasan

Mana-mana ranciakkkk, berdosa! 

Sesak dan padat.. Begitulah gambaran tempat pelancongan di negeri Melaka apabila tiba musim cuti sekolah. Alhamdulillah, sektor pelancongan di negeri Melaka kembali bernafas. Para peniaga jalanan, kedai makan, restoran, peniaga kraftangan, taman tema,  pusat pelancongan, pengayuh beca, hotel bajet, hotel mewah dan lain-lain pemain indutri pelancongan tentunya mendapat laba daripada musim cuti sekolah ini.

Tidak ketinggalan tempat aku bekerja. Ramai yang berkunjung. Walaupun segelintir orang berkata bahawa muzium merupakan destinasi pilihan terakhir, namun kehadiran ramai pelawat ke rangkaian muzium-muzium di Melaka membuktikan bahawa masyarakat masih lagi memandang muzium sebagai destinasi yang wajib dikunjungi. 

Sudah tentu sahaja apabila mengunjungi muzium, pengunjung dapat membawa pulang ilmu dan pengetahuan yang berguna, tidak hanya keseronokan semata-mata. Ibu bapa perlu galakkan anak-anak untuk mengunjungi muzium agar terbuka sedikit minda mereka untuk mengetahui sejarah, warisan dan kebudayaan yang terdapat khususnya di dalam negara kita Malaysia.

Jom, kunjungilah muzium.

9 comments:

  1. Melaka, negeri yang paling banyak muzium, kan?

    ReplyDelete
  2. Tumpuan ramai🥰
    Masa ank swk rendah muzium wajib bw dorang
    malam pun sesak

    ReplyDelete
  3. 3 tahun lepas ke muzium kesultanan melayu melaka...tapi muzium diseklilingnya tak sempat pergi lagi

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sektor pelancongan dah kembali pulih. since saya takde anak sekolah, rancak tengok TV di rumah sajalah 2 minggu ni

    ReplyDelete
  5. Suka pergi muzium, banyak pengetahuan baru.

    ReplyDelete
  6. Hi, saya di Melaka.. Hehe.. Ya, memang seronok je pergi muzium. Suka tengok info tu sama tak dengan apa yang mungkin ada dalam silabus pembelajaran ke tak.. hahahaa.. Galakkan ler anak anak ke muzium yer

    ReplyDelete
  7. Melaka bandaraya bersejarah . Haishhh bila la ada rezeki nak jejak kaki jalan-jalan nak tengok tempat bersejarah kt melaka ni

    ReplyDelete
  8. Melaka yang x leh lari dari jammed...tp tempat paling SA suka kalau bercuti

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.