Thursday, April 7, 2022

Hadirmu di Bulan Mulia


Alhamdulillah... Pada 5 April 2022 bersamaan 3 Ramadan 1443 Hijrah lahirnya seorang anak lelaki buah hati pengarang jantung keluarga aku. Ini merupakan anak kelima kami dan rasanya cukuplah lima orang anak. Umur pun dah awal empat puluh siri, nanti bila dah bersara, ramai anak masih bersekolah payah juga nanti.

Isteri pun telah pulang ke rumah. Duduk wad sehari sahaja selepas bersalin. Di kala menaip entri pun terdengar suara bayi menangis. Apa lagi kalau bukan mahu menyusu. Terasa hilang rindu mendengar suara bayi menangis. 

Nama belum beri lagi. Sebelum bersalin lagi sudah mencari-cari nama yang sesuai, namun tidak dapat lagi. Iyalah, nama anak aku semua bermula dengan huruf "F" sepertimana nama aku. Huruf "F" ni macam kurang saja pilihan nama. Banyak nama orang lain dah ambil. 

Sekarang ni ada juga beberapa nama yang aku fikirkan. Cuma belum dimuktamadkan lagi. Tunggulah nanti, apabila pergi ke pejabat Jabatan  Pendaftaran Negara, nama yang dicatat, itulah namanya nanti 

Ada idea tak nama anak lelaki yang bermula dari huruf "F"?

24 comments:

  1. Alhamdulillah! Tahniah 💐
    Semoga bayi dan ibu sihat.
    Kalau nama yang senang panggil dan maksudnya pun bagus, mungkin boleh letak Faiz.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah Sdr..bertambah ahli keluarga di bulan yang mulia..

    F ya..farid, fathi, fateh, fahim, firdaus, fakhrul, fahmi..

    ReplyDelete
  3. Dekat kolej tak ramai student lelaki nama bermula huruf F, ramai yang mula huruf M.

    ReplyDelete
  4. Eh, lupa nak ucap tahniah buat saudara FM & wife. Tahniah atas kelahiran permata hati kelima di bulan mulia. Boleh jugak tu letak nama Fitri, sempena ketibaan Syawal bulan depan, hehehe.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, tahniah
    Wak pun baru nambah cucu perempuan

    ReplyDelete
  6. Tahniah Encik Fairus.
    Alhamdulillah, rezeki Allah dapat cahaya mata kelima.
    Anak-anak saya Farid, Fuad, Fairuz, Firdaus. Ada lagi nama mula huruf F: Farhan, Faiz, Faizal, Farouk, Fateh hehehhee... tu nama-nama klasik dah!

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Sama tarikh dengan anak buah perempuan saya. Hehe.
    F= Faqih.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Fairus, atas kehadiran cahayamata baru
    Adik-beradik lelaki saya pun ada huruf 'F'
    Fadzli, Fariz, Fahmay dan Faizin
    dua perempuan Fadzylah dan Fiirdaus..

    ReplyDelete
  9. Tahniah, didoakan membesar menjadi anak yang soleh, amin!

    Fadh?
    Atau kalau nak senang eja, Faris atau Farid :D

    ReplyDelete
  10. ALHAMDULILLAH TAHNIAH REZEKI RAMADAN RAHMAT BAHGIA

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah selamat atas kelahiran putranya Pak Cik semoga diberikan keberkahan dan ananda dapat menjadi pribadi yang sholehamin. F ide dariku mungkin faisal, fahri, faiz, fadh...^^

    ReplyDelete
  12. tahniah diatas kelahiran cahayamata kelima. betul tu cukuplah 5. mcm abe kie gak. umur 49, anak bongsu masuk darjah 1. google je nama2 mula dgn F...pasti ada yg berkenan...

    ReplyDelete
  13. tahniah dpt baby baru bln ramadhan

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..tahniah untuk seluruh ahli keluarga. Seronok ada baby baru. Suka bau baby. Meriahlah rumah dengan lagu baby.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah... rezeki ramadan. selamat datang khalifah baru...

    *Firas. suka nama ni sebab kalau sebut 'penuh' je.

    ReplyDelete
  16. tahniah fairus mama tumpang gembira

    ReplyDelete
  17. tahniah https://www.mamapipie.com/2022/04/pengumuman-pemenang-giveaway-wang-tunai.html

    ReplyDelete
  18. Tahniah atas kelahiran ahli keluarga yang baharu. Selamat berpantang buat orang rumah. Mudah-mudahan ibu dan anak sihat dan baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  19. tahniah awak... semoga anak itu menjadi anak yang soleh amin

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Tahniah bro! Dah 10 hari berlalu. So, apa nama kesayangan baru ni? Selamat berpantang untuk isteri awak. Semoga keduanya sihat

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. tahniah buat Fairus dan isteri..

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.