Tuesday, March 8, 2022

Selamat hari Wanita

 


Apabila tiba pada tarikh 8 Mac, pasti ada yang teringat bahawa tarikh ini merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut oleh warga seluruh dunia. Pada tahun ini tema sambutan Hari Wanita Sedunia ialah 'Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow’ atau apabila dialihbahasakan ke Bahasa Malaysia boleh ditafsirkan sebagai Kesaksamaan Jantina Hari Ini untuk Kemampanan Hari Esok. Sedikit lebih kuranglah terjemahan tu. Namun di peringkat Malaysia, tema Hari Wanita ialah Saksama Bersama.

Bersempena Hari Wanita ini, pertama sekali sudah pastinya ingin aku ucapkan kepada ibuku Fatimah binti Hj. Majid, merupakan seorang insan yang paling aku sayangi. Seterusnya kepada isteriku Norhati binti Abu Talib, suri hatiku dan anak-anakku yang sama-sama berkongsi hidup susah senang bersama.

Tak lupa juga kepada rakan-rakan bloggers wanita yang tidak jemu-jemu hadir ke blog aku ini. Walaupun satu masa ketika dulu, pernah aku sunyi dari menulis, namun apabila aku kembali menulis, kalian masih dan tetap mengunjungi blog aku ini. Terima kasih diucapkan.

Kepada kalian yang bergelar wanita, Selamat Hari Wanita aku ucapkan. 






8 comments:

  1. terima kasih...lelaki & wanita saling berganding bahu utk memajukan keluarga, bangsa & negara..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari wanita juga untuk wanita2 di luar sana

    ReplyDelete
  3. Hari lelaki ada x? Selamat hari wanita buat semua wanita hebat di dunia

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Bila tiba hari wanita teringat bait bait lirik lagu inteam

    "Wanita hiasan dunia
    Seindah hiasan adalah wanita solehah
    Yang akan membahagiakan
    Syurga di dalam rumah tangga"

    ReplyDelete
  5. tq fairus.. selamat hari wanita kepada semua

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.