Inilah antara tugasan aku. Ada kalanya meja kosong, tapi selalunya dipenuhi oleh buku-buku. Sekali tengok sudah seperti seorang pelajar PhD sedang menelaah buku-buku. Tapi aku bukan pelajar, hanya bekerja. Membaca untuk menyiapkan tugasan.
Membuat dan menyampaikan maklumat adalah antara tugas aku di jabatan. Ada kalanya perlu membuat tinjauan serta kajian-kajian literasi mahupun kajian di lapangan yang kebiasaannya tertumpu kepada bidang sejarah, warisan, budaya, pemuziuman dan lain-lain yang berkaitan. Membuat kajian untuk tujuan-tujuan rujukan pihak jabatan, negeri dan pihak-pihak yang memerlukan maklumat seperti pelajar sekolah, kolej dan universiti.
Itulah antara fungsi utama muzium. Bukan sekadar mempamerkan artifak dan bahan bersejarah, namun perlu menyedia dan menyampaikan maklumat, pendidikan kepada masyarakat agar memahami sejarah, warisan dan kebudayaan negara.
Tahun ini juga ada beberapa buku, buletin dan laporan yang akan diterbitkan. Harap-harap aku dapat selesaikan sebelum menjelang akhir tahun ini. Insyaallah, bulan Ramadan ini boleh terus fokus menulis.
Macam meja student la pulak!
ReplyDeleteMemang sentiasa menggali ilmu..
Deletebanyak juga buku kena buka sebagai rujukan yea.
ReplyDeleteBanyak.. Rujukan tidak terhad pada satu sumber sahaja.
DeleteSemoga makin bertambah ilmu. Tak rugi membaca.
ReplyDeleteAda kalanya, bukan membca keseluruhan, cuma mencari maklumat untuk rujukan.
DeleteSelamat menelaah. Mungkin boleh compile data untuk publish satu jurnal review paper?
ReplyDeleteMungkin tidak.. Kalau menulis artikel pun, dulu adalah juga beberapa esei saya keluar dalam majalah Dewan Budaya.. Sekarang lebih kepada penerbitan dalaman..
Deleteselamat menunaikan tugas tuan.. begitulah bila dah passion kita kn? ni mst pakar ni bab² sejarah
ReplyDeleteSaya juga masih belajar..
Deleteselamat membaca
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteMoga dipermudahkan Allah. Sambil buat tugasan, dapat banyak ilmu. Seronok.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteInsyaAllah
ReplyDeleteslmt bertugas Fairus
Terima kasih..
DeleteSamalah dengan saya, tapi saya bergelumang dengan artikel surat khabar.. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Memang tugas saya menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
DeleteWah, semoga dipermudahkan semuanya. Bukan calang-calang ni, penuh ilmu di dada.
ReplyDeleteTakde.. Mana ada ilmu.. Sebenarnya semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita tak tahu.
Deletemacam student nak buat thesis. hehe. semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteTerasa ingin menyambung pengajian lagi, tapi tak tahu bila.. Hasrat tu ada.
DeleteBukan calang-calang orang ni boleh buat kerja ni. Semoga terus sukses!
ReplyDeleteSaya insan biasa saja tuan.. Insyaallah.
DeleteSemuga Allah memberi ilham agar dapat menerbitkan buku ilmiah yang lebih baik di masa akan datang.
ReplyDeleteInsyaallah. terima kasih.
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan FM
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteFuhh..mencabar ni banyak buku nak kena rujuk. Bukan tugas mudah.
ReplyDeleteBetul tu.. Macam bersilat jugalah nak mencari fakta..
Delete