Melaka merupakan antara negeri yang penuh dengan sejarah. Sejarah kesultanannya yang agung diikuti dengan zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. Tiada negeri di dalam Malaysia yang sejarah penjajahannya begitu lama sekali.
Dari penjajahan demi penjajahan ini telah membentuk identiti negeri Melaka yang begitu unik dengan etniknya, budaya dan warisan yang dianggap universal di negeri ini. Apabila ke negeri Melaka, sudah tentu pelbagai seni bina bangunan dari seni bina tempatan sehinggalah ke seni bina penjajah, banyak terdapat di negeri ini.
Lihat sahaja pada tangga rumah Melaka. Dahulunya secara tradisi, tangga rumah Melaka diperbuat daripada kayu sahaja. Sama ada tangga yang terdapat di anjung atau di bahagian tengah rumah, memang menggunakan kayu. Namun, selepas era penjajahan, seni bina tangga telah berubah. Rumah-rumah tradisional Melayu Melaka telah menggunakan bahan binaan daripada batu.
Tidak hanya pada seni bina rumah tradisi, masjid-masjid juga menggunakan seni bina tangga yang diperbuat daripada batu. Apa yang lebih menariknya, tangga-tangga ini dihiasi dengan jubin-jubin yang bercirikan China dan Eropah.
Di Melaka, terdapat lebih kurang 56 buah rumah tradisional Melayu Melaka yang telah dibaikpulih oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Kebanyakkan rumah-rumah ini mempunyai tangga yang unik, dengan jubin-jubin yang pelbagai dan berbeza-beza. Ada yang bercorak flora, fauna dan ada juga sekadar jubin berwarna-warni tanpa corak.
Terdapat beberapa falsafah yang terdapat pada tangga rumah Melayu Melaka. Rupa bentuk tangga yang melebar ke depan membawa maksud tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang ingin bertandang ke rumah. Bilangan anak tangga pula kebiasaannya adalah bernombor ganjil, di mana pada dasarnya apabila seseorang memasuki sesebuah rumah akan memulakan kaki kanan dan akan sampai ke muka pintu juga dengan kaki kanan.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tentang tangga rumah Melaka. Semoga bermanfaat.
Kalau lalu kampung2 di Melaka, mesti nak tengok tangga dia.
ReplyDeleteYa betul.. Unik.
Deletesenibina rumah Melaka tradisi unik n cantik dulu2 ke sana akhir 70-an suka lihat kampung2 berumah tradisi cantik sgt la ni tahun 2000-an tiada lagi suasana itu
ReplyDeleteInsyaallah. Masih ada lagi..
DeleteSuka tengok tangga rumah orang Melaka macam ni. Sekarang macam susah nak jumpa tangga macam ni sebab kebanyakkannya rumah masing masing dah renovate rumah gaya moden.
ReplyDeleteMasih ada saki baki yang masih mengekalkan seni bina lama.
Deletecantik sangat tangganya
ReplyDeleteYa.. Jubinnya pun cantik.
DeleteOooo... patutlah bentuknya melebar kan? baru tau...
ReplyDeleteItu falsafahnya uncle.. Hihi
Deleteunik dan creative susunan tile nya. rasanya org zaman dahulu teliti bab2 pembuatan rumah ni
ReplyDeleteYa. Tapi rumah ini rumah baharu.. Dibina semula.
Deletemama suka sgt tgk rumah melaka tapi sekarang dah tak byk dah rumah tradisional melaka mcm dulu
ReplyDeleteAda.. Masih ada lagi.
DeleteTangga macam ni selalunya tempat lepak mak-mak. 😁
ReplyDeleteBetullah tu.. hihi
DeleteSeni bina yg penuh kesenian
ReplyDeleteCantiknya, rumah orang dulu-dulu selalu ada tangga tinggi macam ni. Kalau dapat kat As, mau buat tempat ootd tiap-tiap hari.
ReplyDelete