Ada siapa yang mahir main Dam Aji? Aku sendiri bolehlah main tapi tidaklah mahir hingga mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi satu-satu perlawanan. Main asal boleh saja.
Menurut sumber yang aku baca, permainan Dam Aji ni bermula pada abad ke-12 di Peranchis. Tapi nama permainan ini tidaklah disebut Dam Aji, ia disebut Alquerque. Tidak dapat dipastikan pada ketika itu bagaimana ia dimainkan namun daripada evolusi permainan ini dikatakan tercetusnya permainan Dam Aji yang dimainkan kini.
Dikatakan juga, hadirnya permainan Dam Aji ke Tanah Melayu ( Malaysia) di zaman penjajahan Belanda di Melaka. Menurut sumber, terdapat unsur-unsur Belanda di mana permainan ini adalah seperti permainan orang Belanda iaitu "Dammen". Kemungkinan perkataan "Dam" di awal itu diolah menjadi Dam Aji.
Permainan ini seakan catur tapi tidak serumit catur. Hanya menggunakan papan dan buah dam. Tidak memerlukan "Castle", "Bishop", "Queen", "King" dan sebagainya. Jalannya selangkah demi selangkah mengikut petak dan secara serong. Apabila buah dam lawan berada di hadapan boleh 'dimakan' buahnya dengan melangkaui buah dam tersebut. Bukan hanya satu, boleh juga memakan buah lawan dengan bilangan dua atau tiga jika buah lawan boleh dilangkaui.
Jika buah dam kita dapat menuju ke garisan pertama pihak lawan, maka kita dapat Aji di mana buah dam boleh melangkaui seberapa jauh dalam garisan petak yang sama. Kebiasaannya Aji mempunyai banyak kelebihan dan mampu memakan buah lawan dengan jumlah yang banyak.
Ha.. Inilah serba sedikit dapat aku kongsikan berkaitan Dam Aji. Bukan apa, sekarang ini sedang berusaha menyiapkan sebuah lagi buku baharu tentang permainan tradisional. Jadi nantikan kemunculannya...
Buku Kereta Lembu Dari Melaka yang telah diterbitkan tempoh hari, aku rasa nak buat giveaway untuk rakan bloggers mendapatkannya. Tunggu ye, aku akan buat nanti.
jaman sekolah dulu kalau lepas pereksa dah tak belajar
ReplyDeletememang asyik main dam aji aje
Wak memenag lejen.. Hihi
DeleteSelalu tengok orang main dam aji ni kat kedai2 kopi kampung..
ReplyDeleteCerita P.Ramlee Pendekar Bujang Lapok pun ada scene tu..hehehehe
Betullah tu.. Hihi
Deletemain sekadar suka suka bolehlah...tidaklah sampai pro
ReplyDeleteSamalah.. Suka-suka.
DeleteSuka main dam ni. Tapi idaklah terer beno.
ReplyDeleteSamalah kita
DeletePermainan papan yang selalu ada di meja di warung kopi kampung dulu-dulu. Saya pun sekadar main suka-suka tahulah. Kalau kena susun strategi memang bingung sendiri.
ReplyDeleteAda orang berjudi juga masa main permainan Dam Aji.
DeleteOhh begitu kisahnya. Selalu kalau kat kedai kopi kampung mesti orang orang dok lepak main dam aji. Siap ada penonton lagi tu.
ReplyDeleteAda kalanya, penonton pun bertaruh..
DeleteDulu kalau balik kampung mesti main dam aji dengan sepupu-sepupu.
ReplyDeleteWa.. Bagus. Mengeratkan silaturrahim dengan bermain dam.. :)
Deletekenangan betul main dam aji masa kecil. Kalau dah sampai aji tu ibarat dah pergi haji mekah rasanya...
ReplyDeleteNi dinamakan pergi haji balik hari.. hihi
Deletetahniah fairus atas buku baru
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletesuka main dam aji ni, tapi selalu kalah.. he he he
ReplyDelete