Gambar tiada kena mengena |
18 Februari 2022 aku mula mengalami demam. Agak tinggi juga suhu badan pada ketika itu. Hampir mencecah 40°c. Tidur malam pun tidak lena, sekejap-sekejap terjaga. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena.
Sebelum ini isteri aku didapati positif Covid-19. Dia lebih awal daripada aku. Aku hanya didapati positif Covid-19 pada 20 Februari 2022. Aku tak risau akan diri aku, cuma risaukan isteri yang sedang sarat mengandung anak kelima kami. Insyaallah, awal bulan April ini bakal lahir.
Anak-anak turut demam. 3 orang anak demam dan kini telah sembuh. Cuma anak bongsu jadi hero sebab tak demam. Anak-anak kalau demam lagilah bertambah risau. Sebabnya mereka semua susah nak diberi makan ubat. Kena paksa betul-betul, kena pegang kaki dan tangan dan suapkan ubat dalam mulut. Itupun disemburkan. Banyak yang keluar dari masuk ke dalam perut.
Simptom Covid-19 yang aku kena dibawah kategori 2(a) dan terkini kategori 1. Cuma demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala dan bisa-bisa sendi. Deria rasa masih berfungsi cuma deria bau kurang sedikit, mungkin sebab hidung tersumbat.
Sebelum ini, jabatan aku baru sahaja ditutup selama seminggu akibat ramai kakitangan yang terkena jangkitan Covid-19. 22 Februari baru buka. Tapi aku akan kuarantin di rumah hingga 26 Februari. Bertambah lamalah aku duduk di rumah.
Bantuan. Alhamdulillah, duduk di kejiranan yang aku tinggal sekarang amat prihatin. Bantuan datang dari pelbagai pihak. Bantuan pertama yang aku terima dari Gerobok Rezeki Masjid Al-Aminin, kedua dari pihak Japerun Klebang, Melaka dan yang ketiga dari JPKK kampung. Bagus mereka ini semua. Amat prihatin sedangkan aku baru juga berpindah di sini dalam 3 tahun lebih.
Adik beradik dan anak-anak buah juga banyak membantu. Mereka tolong belikan barang-barang keperluan. Memang sejak dari kuarantin semasa isteri kena Covid-19 kami tak keluar rumah. Cuma 2 kali keluar, itupun ke klinik. Hanya membeli makanan dan barangan keperluan melalui atas katil talian.
Jadi, inilah sahaja sedikit sebanyak perkongsian diri aku yang dijangkiti Covid-19. Alhamdulillah, tidaklah teruk sangat. Bagi aku, ini tanda Allah SWT sayang kita. Dia beri kita sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan menyuruh aku sentiasa ingat akan Dia.
Selamat berehat. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteInsyaallah. Terima kasih.
DeleteSemoga tiada symptom yg membimbangkan kesan covid ni, semoga baik2 saja nantinya.. Amiiinnn YRA.
ReplyDeleteInsyaallah. Terima kasih atas doanya.
DeleteAllahu...semoga cepat sembuh...jaga diri...wife juga semoga cepat sembuh dan tidak ada kemudaratan...
ReplyDeleteInsyaallah. Tiada apa-apa. Terima kasih atas sokongan.
Deletesemoga cepat sembuh buat Fairus dan keluarga
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletemugo cepat sembuh en fairus.. aminn
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya.
Deletemoga cepat kembali sihat ye, fairus & family.
ReplyDeleteofis aida pun minggu ni ditutup.
kes terlalu byk! anda & family alhamdulillah masih lagi tidak dijangkiti.
bersyukur dan moga kekal sedemikian.
husband, ofismet berderet positif. namun ofis jalan mcm biasa :(
tu yg takot tu. aduhai...
Semoga dipermudahkan segala urusannya.
DeleteMasyaAllah sedihnya moga dik Fairus isteri n anak2 selamat semuanya segera pulih sediakala sihat sejhtra
ReplyDeleteInsyaallah.. Amin Ya Rabbal Alamin.
DeleteSaya kat rumah ni pun dua orang positif. Saya sendiri dah try test negatif. Tapi demam dan selsema ada.. jem
ReplyDeleteInsyaallah.. Semoga dipermudahkan segala urusan.
DeleteSemuga semua ahli keluarga fairus di lindungi Allah hendaknya. Semuga cepat sembuh.
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kesembuhan kepada bro. Jangan stress. Amalkan bismillah 5 , boleh rujuk dalam bazli unic ada upload. semoga Allah memelihara bro sekeluarga dan cepat baik. :)
ReplyDeleteSemoga semuanya kembali sihat dan dalam keadaan baik baik je. Syukur ramai yang menghulurkan bantuan. Keluarga saya pun lepas sorang sorang disahkan positive. Semoga yang dijangkiti semua terus kuat melawan virus dan kembali pulih. Aaaminn...
ReplyDeletesyafakallah buat family fairus. memang risau esp si isteri tgh mendandung tu..
ReplyDelete