Friday, January 28, 2022

Pokok Kelapa

 


Susah nak lihat pokok kelapa sekarang. Zaman aku kecil-kecil dahulu banyak  pokok kelapa di hadapan rumah emak. Rasa-rasanya ada 3 batang pokok di halaman rumah emak di kampung dengan sebatang pokok  condong yang amat menarik bila dipandang.  Namun kini, semuanya sudah tiada. Lama sudah ditebang. Kemungkinan bahaya, kerana pokok-pokoknya tinggi dan berdekatan dengan rumah.

Pokok kelapa jika diambil gambar pun menarik. Sudahlah susah hendak dijumpai, jika sudah jumpa pokok kelapa yang cantik kedudukannya, pasti akau akan cuba mengambil gambar. Sekadar minat mengambil gambar, bukan profesional pun.

Gambar pokok kelapa di atas tu aku 'tangkap' gambarnya semasa menziarahi rakan sekerja kematian ibu. Sempat juga aku mencuri masa untuk menangkap gambar ini. Teruja, pasal lama juga tak jumpa pokok kelapa yang tinggi-tinggi sebegini. Daunnya melambai-lambai di langit biru. Indah nian.

29 comments:

  1. Masa sekolah dulu, kalau tajuknya pemandangan, gambar pokok kelapa adalah wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, gambar sawah padi dan gunung ganang.

      Delete
  2. kalau kat kg,arwah ayah keliling umah pokok2 kelapa. silih berganti tanamnya jd x tak penah putus.
    memang x penah beli santan nk masak.
    siap time raya org dtg beli kelapa he hee
    memang kalau pokok dah tinggi x sampai naik kait arwah akan potong pokoknya.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Ya.. betul tu. Saya tak berani nak panjat pokok.

      Delete
  4. Jika kampung memang cantik, contohnya di rumah Naim dahulu ada pokok nyior ini asbab banyak rumah baru di bina kena di tebang takut mudhrat masa hadapan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu.. Sekarang orang tanam pokok kelapa di ladang.

      Delete
  5. Ye, betul tu. Susah nak jumpa pokok kelapa tinggi melangit macam ni. Kalau tinggi tinggi agak bahaya kalau tak ditebang. Lagi lagi dekat dengan rumah. Pokok kelapa sinonim dengan tepi pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. betul tu. Bahaya kalau berdekatan rumah.

      Delete
  6. Cantik gambar pohon kelapa berlatarkan langit biru.

    ReplyDelete
  7. Cantik warna langit. Ni dah tinggi bebenau ni...memang bahaya. Kat rumah aruah mak saya kat muo banyak lagi pokok kelapa. Dek kerana buahnya terbiar akhirnya dia tumbuh sendiri. Mana yang elok kami biarkan dan jika dekat sangat hah terpaksa le potong. Yang kat dapur tu pun dah ada ura-ura nak kena tebang sebab dah tinggi takut kena dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Dulu depan rumah mak pun ada 3 batang pokok kelapa. Dah ditebang pun ketiganya.

      Delete
  8. cantiknya gambar pokok kelapa tu. terasa spt berada pd zaman kanak2 dulu. sgt nostalgia....

    ReplyDelete
  9. Rabia singgah sini
    Tahniah anda top pengomen blog rabia

    ReplyDelete
  10. Senang nak tanam tapi itulah cepat sangat membesar.

    ReplyDelete
  11. aah kan. mmg jarang dah tengok yg tinggi. kat kampung ada pokok kelapa tapi yg rendah je tu. dulu tepi pantai byk kan, skrg dah digantikan dgn pokok ru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kat pantai sini pun dah ditanam pokok ru.

      Delete
  12. kat laman rumah sis ada sebatang. sekali dia berbuah, rezki dapat minum kepala muda puas2. tapi takde la setinggi tu.. ini betul2 tinggi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah tanam sebatang kelapa pandan belakang rumah, harap² dapat nikmati hasilnya.

      Delete
  13. betul kan? kalau jumpa mmg anak² excited je tgk sbb selalu nmpk dlm tv je.. hehehe

    ReplyDelete
  14. kan...kalau dikampung mungkin masih bolehlah jumpa sebatang 2 pokok kelapa yang tinggi melangit. Kat KL ni mcm tak nampak je.

    ReplyDelete
  15. benar bagai dikata, pokok kelapa tinggi melangit ni sukar da nak nampak.
    rumah keluarga di tepi pantai, byk pokok kelapa da tua-tua, tebang aje.
    da cantik dah view laut tanpa pokok kelapa gini kan.

    terkenang dulu kala time kekecik, buat lukisan.
    mesti ada rumah, gunung ganang, matahari di sebalik gunung dan pokok kelapa :) ha ha ha ha
    aida bukan pandai naw melukis, fairus. tapi tetap wajib lukis pokok kelapa.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.