Susah nak lihat pokok kelapa sekarang. Zaman aku kecil-kecil dahulu banyak pokok kelapa di hadapan rumah emak. Rasa-rasanya ada 3 batang pokok di halaman rumah emak di kampung dengan sebatang pokok condong yang amat menarik bila dipandang. Namun kini, semuanya sudah tiada. Lama sudah ditebang. Kemungkinan bahaya, kerana pokok-pokoknya tinggi dan berdekatan dengan rumah.
Pokok kelapa jika diambil gambar pun menarik. Sudahlah susah hendak dijumpai, jika sudah jumpa pokok kelapa yang cantik kedudukannya, pasti akau akan cuba mengambil gambar. Sekadar minat mengambil gambar, bukan profesional pun.
Gambar pokok kelapa di atas tu aku 'tangkap' gambarnya semasa menziarahi rakan sekerja kematian ibu. Sempat juga aku mencuri masa untuk menangkap gambar ini. Teruja, pasal lama juga tak jumpa pokok kelapa yang tinggi-tinggi sebegini. Daunnya melambai-lambai di langit biru. Indah nian.
Masa sekolah dulu, kalau tajuknya pemandangan, gambar pokok kelapa adalah wajib.
ReplyDeleteKalau saya, gambar sawah padi dan gunung ganang.
Deletekalau kat kg,arwah ayah keliling umah pokok2 kelapa. silih berganti tanamnya jd x tak penah putus.
ReplyDeletememang x penah beli santan nk masak.
siap time raya org dtg beli kelapa he hee
memang kalau pokok dah tinggi x sampai naik kait arwah akan potong pokoknya.
Itulah seronoknya tinggal di kampung.
DeleteSayup mata melihat ke atas.
ReplyDeleteYa.. betul tu. Saya tak berani nak panjat pokok.
DeleteJika kampung memang cantik, contohnya di rumah Naim dahulu ada pokok nyior ini asbab banyak rumah baru di bina kena di tebang takut mudhrat masa hadapan hehe
ReplyDeleteBetullah tu.. Sekarang orang tanam pokok kelapa di ladang.
DeleteYe, betul tu. Susah nak jumpa pokok kelapa tinggi melangit macam ni. Kalau tinggi tinggi agak bahaya kalau tak ditebang. Lagi lagi dekat dengan rumah. Pokok kelapa sinonim dengan tepi pantai.
ReplyDeleteAah.. betul tu. Bahaya kalau berdekatan rumah.
DeleteCantik gambar pohon kelapa berlatarkan langit biru.
ReplyDeleteYa. Indah nian.
DeleteCantik warna langit. Ni dah tinggi bebenau ni...memang bahaya. Kat rumah aruah mak saya kat muo banyak lagi pokok kelapa. Dek kerana buahnya terbiar akhirnya dia tumbuh sendiri. Mana yang elok kami biarkan dan jika dekat sangat hah terpaksa le potong. Yang kat dapur tu pun dah ada ura-ura nak kena tebang sebab dah tinggi takut kena dapur.
ReplyDeleteTu lah.. Dulu depan rumah mak pun ada 3 batang pokok kelapa. Dah ditebang pun ketiganya.
Deletecantiknya gambar pokok kelapa tu. terasa spt berada pd zaman kanak2 dulu. sgt nostalgia....
ReplyDeleteSekali teringat zaman dulu.
DeleteRabia singgah sini
ReplyDeleteTahniah anda top pengomen blog rabia
Ooo.. Terima kasih.
DeleteSenang nak tanam tapi itulah cepat sangat membesar.
ReplyDeleteBanyak pulak manfaatnya.
Deleteaah kan. mmg jarang dah tengok yg tinggi. kat kampung ada pokok kelapa tapi yg rendah je tu. dulu tepi pantai byk kan, skrg dah digantikan dgn pokok ru
ReplyDeleteBetul tu.. kat pantai sini pun dah ditanam pokok ru.
Deletekat laman rumah sis ada sebatang. sekali dia berbuah, rezki dapat minum kepala muda puas2. tapi takde la setinggi tu.. ini betul2 tinggi :D
ReplyDeleteSaya pun dah tanam sebatang kelapa pandan belakang rumah, harap² dapat nikmati hasilnya.
Deletebetul kan? kalau jumpa mmg anak² excited je tgk sbb selalu nmpk dlm tv je.. hehehe
ReplyDeleteBetul tu..
Deletekan...kalau dikampung mungkin masih bolehlah jumpa sebatang 2 pokok kelapa yang tinggi melangit. Kat KL ni mcm tak nampak je.
ReplyDeletebenar bagai dikata, pokok kelapa tinggi melangit ni sukar da nak nampak.
ReplyDeleterumah keluarga di tepi pantai, byk pokok kelapa da tua-tua, tebang aje.
da cantik dah view laut tanpa pokok kelapa gini kan.
terkenang dulu kala time kekecik, buat lukisan.
mesti ada rumah, gunung ganang, matahari di sebalik gunung dan pokok kelapa :) ha ha ha ha
aida bukan pandai naw melukis, fairus. tapi tetap wajib lukis pokok kelapa.
cantik gambar
ReplyDelete