Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga sebuah buku Siri Khazanah Warisan : Kereta Lembu Dari Melaka yang siap dicetak pada awal Januari 2022 lalu. Ini merupakan terbitan pertama bagi Siri Khazanah Warisan, insyaallah, selepas ini terdapat lagi siri-siri yang lain bakal diterbitkan.
Buku ini bukanlah sebuah buku yang 'berat', tujuan kami menerbitkan buku ini sebagai satu dokumentasi agar dapat dibaca, difahami, dirasai, ditatapi oleh masyarakat seterusnya memulihara agar khazanah ini tidak hilang ditelan zaman. Umum sedia maklum, kereta lembu amat popular di Melaka, bermula seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah kini, kereta lembu terus wujud namun pengusahanya semakin kurang dan hampir pupus.
Justeru, buku ini merupakan salah sebuah bahan yang boleh menjadi rujukan kepada masyarakat untuk mengetahui tentang hal-hal berkaitan sejarah kereta lembu, pekembangannya, kaedah pembuatan, bahagian-bahagian kereta lembu, pemilihan jenis lembu dan banyak lagi. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli buku ini, harganya cuma RM30.00 sahaja, saya boleh bantu untuk poskan sekiranya ada yang berminat.
Insyaallah, selepas ini kami akan menerbitkan beberapa judul lagi bagi Siri Khazanah Warisan bagi tahun 2022. Antara yang telah dirancang ialah Dondang Sayang, Sanggul Lintang dan Permainan Tradisional.
tiba2 rasa rinduu nk blik Melaka
ReplyDeletehe hee
Datang le.. Dah boleh jenjalan dah sekarang.. Hehe
Deletecomel lukisan. susah nak jumpa kereta lembu zaman sekarang.
ReplyDeletemenarik juga buku ni :)
Insyaallah.. Untuk tatapan anak cucu..
DeleteSuka tengok bila tradisi dan sejarah bangsa di dokumentasikan mcm ni. Kalau tak nanti.. hilang ditelan zaman..
ReplyDeleteBenar tu..
DeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteBertambah khazanah warisan dalam bentuk penulisan. Tahniah.
Alhamdulillah. Terima kasih.
DeleteBuku ini akan jadi rujukan terpenting tengtang kereta lembu ni...
ReplyDeleteTahniah!
Insyaallah.. Tkasih uncle.
DeleteTeringat lagu lama bertajuk 'kereta lembu' nyanyian Helen Velu
ReplyDeleteYa.. lagu popular di hujung tahun 60-an.
Deletebagus ada buku2 cam ni. some people sure suka buat collection. i teringin nak buat buku. tapi tak tau nak refer ke mana.
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteBetul jarang nampak kereta lembu. Kalau tidak diceritakn mungkin generasi akan datang tidak tahu.
ReplyDeleteYa, benar tu..
DeleteWah! good job..tahniah...
ReplyDeletesaya eager juga bila dengar pasal sanggul lintang tu...
Terima kasih..
DeleteBagus ketengahkan khazanah yang semakin menghilang. Tahniah dapat menghasilkan buku dokumentarinya.
ReplyDeleteTerima kasih.. 🙏🏼
DeleteWow I'd love to have this!!
ReplyDeleteSure u can..
DeleteSy ternyanyi pulak lagu.. 'Kereta Lembu', hihi
ReplyDeleteHehe.. Sudah pasti orang teringatkan lagu tu
Deletetime sekolah rendah, aida grup koir sekolah.
Deletememang ada nyanyi lagu - "kereta lembu.... dari melaka....."
masa tu perform kat pusat expo ayer keroh. now area tu da jadik jalan masuk ke ames hotel tu.
kenangan sgt :)
menarik ni utk subjek pengajian malaysia.. teruskan berkarya tuan
ReplyDeletetahniah ye atas buku Siri Khazanah Warisan ni
ReplyDeleteMenarik! Tahniah atas penerbitannya.
ReplyDeleteKalau dapat letak di perpustakaan awam pun bagus ni.
terbaik ni. anak-anak boleh baca dan dpt ilmu.
ReplyDeleteterkenang aida dulu kala naik kereta lembu di padang sebelum terbinanya Dataran Pahlawan.
santai. relaks. terkedek-kedek lembu tu berjalan :) ha ha ah ha...