Thursday, January 27, 2022

Bunga Telang Rancak Berbunga

Alhamdulillah.. Benih bunga telang pemberian Cik Nur yang aku semai pada Julai 2021 lalu kian rancak berbunga. Tak tahu nak buat apa dengan bunga-bunga ini, kebiasaannya aku akan buat air dengan merendam beberapa kumtum bunga telang pada air panas dan letakkan sedikit gula. Sekiranya ada limau, perahkan sedikit untuk lebih sedap.

Bunga telang ni merupakan pewarna asli. Sudah ramai yang gunakan sejak zaman berzaman. Jika di Melaka ni, bunga telang bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu, malah turut biasa digunakan oleh kaum Baba Nyonya, Chetti dan Portugis. Ada yang menggunakannya untuk membuat kuih, nasi kerabu dan lain-lain lagi. 

Baru-baru ini aku ada membeli uncang teh kosong di Shopee, nanti-nanti bolehlah petik bunga telang lagi, jemur dan masukkan dalam uncang. Nak minum nanti, rendamkan saja pada air panas seperti membancuh teh.

Dengar-dengar, banyak juga khasiat bunga telang ni. Kalau kalian nak tahu khasiatnya, sila Google sahaja. Banyak maklumat boleh diperolehi.




14 comments:

  1. Warna ungunya memang terang dan menarik.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    buat air cantikk sgt kalernya pepel

    ReplyDelete
  3. kat pejabat sy pun ada, tapi tak terpetik2 lagi, hihi.

    ReplyDelete
  4. Bila rancak berbunga macam macam menu boleh diolah menggunakan bunga telang. Ye, ada dengar juga banyak khasiatnya. Teringin nak rasa teh bunga telang. Kena cari benih nak tanam jugaklah.

    ReplyDelete
  5. macamana lah agaknya rasa air bunga telang ye. selalu makan nasi kerabu je

    ReplyDelete
  6. Cantik bunganya. Dulu pernah tanam, buat masak nasi tapi bukan nasi kerabu pun. Saja mencuba.

    ReplyDelete
  7. wow!..bunga warna biru..air warna ungu..atau mata saya silap..hehehehehe

    ReplyDelete
  8. Cantik warna air bunga telang tu. Saya pun baru terbaca baru-baru ini yang bunga telang boleh direndam untuk buat air. Ingat guna dalam masakan sahaja.

    ReplyDelete
  9. Cantik warna bunganya. Rupanya boleh di buat teh ingatkan jadi pewarna nasi kerabu je.

    ReplyDelete
  10. wah.... teh biru purple :)
    tetiba terkenang kan teh purple dlm Penthouse.
    served by soo ryeon kpd baek ki :)
    yg fairus buat ni lebih ori :)

    ReplyDelete
  11. Pernah bela pokok bunga telang ni. Memang rancak & rimbun pokoknya. Nak bela pun senang.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.