Friday, September 3, 2021

Oh! Teratai Bunga Indah


Aku bukanlah orang bandar. Orang kampung. Walaupun orang kampung, masa aku kecil-kecil tidak pernah ke sawah padi. Mungkin kerana tiada ahli keluarga yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja di sawah. Lantaran itu, aku tidak pernah masuk ke sawah untuk bermain lumpur dan selut.

Walaupun begitu, bukan bererti aku tidak pernah langsung pergi ke bendang di masa kecil. Ya pernah, tapi cuma berlalu saja. Memancing di sawah pun tidak pernah. Dulu lebih suka memancing di pantai, kerana rumah mak pun berhampiran pantai. Cuma sekarang ini sahaja apabila berpindah di kawasan perumahan yang begitu hampir dengan sawah padi, aktiviti memancing di tali air telah menjadi kebiasaan aku.

Baru-baru ini aku berbasikal. Kayuh berseorangan melalui laluan kampung, tali air dan sawah padi yang terbentang luas. Ya Allah! Dalam hati aku kenapa aku tak pernah merasakan perasaan dan pemandangan yang begitu indah sekali sebelum ini. Kawasan ini dekat sahaja di kawasan perumahan aku, namun ia kelihatan asing bagiku kerana memang aku tak pernah melalui kawasan tersebut.

Beberapa kali dalam hati ini terdetik perasaan malang bagiku. Umur sudah melepasi 4 siri tetapi baru tahu ada tempat yang aman damai seperti ini. Kayuh basikal petang-petang walaupun berseorangan tidak merasa penat dan lelah. Ramai orang memancing di situ. Barangkali orang-orang kampung berdekatan. Sesekali berhenti mengayuh menyapa orang-orang yang sedang memancing. Ada yang muda, ada yang berusia.

Mungkin ini saja catatan aku pada kali ini. Benarlah kata orang-orang terdahulu, jauh perjalanan luas pemandangan. Maaf jika ada sedikit perubahan pada kata ganti nama diri. Awalnya dulu, memang menggunakan 'aku', kemudian tukar kepada 'saya'. Kini kembali menggunakan AKU kerana aku rasa ia lebih selesa bagiku menulis demikian. 

44 comments:

  1. Indahnya sunset di sawah padi
    Wak masa kecik2 dulu memang kaki ukur tali air di sawah padi
    Mancing ikan, potong rumput untuk lembu

    ReplyDelete
  2. cantik gambar yg fairus tangkap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Saya berusaha untuk menangkap gambar-gambar yang cantik walaupun saya hanyalah minat, bukan pro..

      Delete
  3. Saya pun kalau jumpa sawah padi tu jakun lain macam. Seronok tengok dan kalau boleh nak bergambar sampai puas. Balik kampung husband ada je sawah padi. Tapi sawah padi orang lah. Takut pulak nak masuk sawah padi orang. Tak pasal kena marah naya je. Seronok tu kayuh beskal petang petang menikmati permandangan sawah padi yang menghijau.

    ReplyDelete
  4. Seronokkan menyusuri sawah. Mujur sy kahwin orang utara, dapatlah merasa jalan2 tepi sawah orang 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan tempat tinggal saya ni dekat dengan sawah.. Tanah asal rumah saya ni pun dahulunya sawah..

      Delete
  5. Setuju dengan komen kak fiza dekat atas, kalau jumpa sawah padi, saya macam excited sebab tak pernah pergi sawah padi ke bendang ke. Cantikk gambarnya! Rasa tenang je bila tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Tenang je dia sawah padi.. Ada sekali dulu, pergi program seperti bina semangat, main bola dalam bendang.. Haha, seronok.

      Delete
  6. akak sefamily dulu kalau free time sure ke area sawah padi ni. tak miss lah sebulan sekali.

    ReplyDelete
  7. Subhanallah cantiknya lukisan Allah . Satu ketenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Apa yang dijadikan oleh Allah SWT semuanya cantik.. Subhanallah.

      Delete
  8. bestnya..tepian pantai pernah, sekrg sawah padi...cantik view sunset di rembang senja..

    ReplyDelete
  9. Pernah pergi sawah sekali je tu pun masa kecil dan kebetulan masa tu pergi rumah kawan. Lepas pindah tak merasa dah ke sawah. Syok betul ke sawah main di tali air tangkap ikan. Tak fikir bahaya apapun masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Tapi saya tak pernah lagi masuk ke sawah padi.

      Delete
  10. wah...sedap penulisan tuan mengenai kenangan..

    sangat terkesan juga dalam hati saya

    ReplyDelete
  11. dulu masa kecil, suka main lumpur sawah tapi takut sangat dengan lintah hihihi. mak ayah memang usahakan sawah di belakang rumah.

    tapi sekarang dah takde sawah sebab sungai yang bekalkan air ke sawah dah cetek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lintah yang sebenarpun saya belum tengok lagi secara depan-depan.. Hehe

      Delete
  12. Syok dok dekat bendang petang-petang. ralit ja ghasa hehe

    ReplyDelete
  13. Uncle masa kecik2 dah main PS5...

    Eh? hahahah

    ReplyDelete
  14. Sawah padi ni memang sejuk je mata memandang. Tapi bila hari panas, memang berhawa betul satu rumah. Kesan dari sawah padi, takde pokok tinggi yang halang pancaran matahari masuk rumah.

    Dulu masa kecik suka main tangkap ikan dengan kawan-kawan dalam bendang. Guna botol je. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. Lagi kreatif.. Macam manalah gayanya tangkap ikan guna botol eh..

      Delete
  15. terus rindu kenangan masa kecik2, kat sawah, kat suasana hijau pohon padi. cuma kami org sarawak ramai yang tanam padi kat kwsn bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padi bukit pun menarik juga.. Hijau je nampak..

      Delete
  16. Menikmati keindahan alam menghijau saujana mata memandang memang sungguh mendamaikan.

    ReplyDelete
  17. rasanya saya sekali jer pernah menjejakkan kami masuk ke sawah padi, di rumah kawan di kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupa-rupanya ada juga yang tak masuk bendang lagi.. Samalah.. hehe

      Delete
  18. Cantik hasil tangkapan gambar 👍

    Saya rasa faktor usia juga mempengaruhi minat dan perasaan kita. Dulu kecik-kecik mungkin bendang tak nampak menarik, berbeza bila makin berumur ni.

    ReplyDelete
  19. pada pendapat saya lah, bila umur kita makin meningkat baru kita slow down dan mula menghargai keadaan sekeliling. before this nak cepat je

    ReplyDelete
  20. Cantik berseni gambar yang dirakam.

    ReplyDelete
  21. laa ni mana2 kawasan berair pasti ada org memancing kecuali lopak lps hujan ;-)

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.