Sunday, September 19, 2021

Menternak Ayam Kampung Kacuk

Harga ayam di pasaran sekarang cukup tinggi. Aku pula tidak gemar atau jarang membeli ayam di pasaraya. Biasa beli ayam di kedai atau tempat proses ayam orang Melayu kita. Sekali beli seekor ayam boleh cecah hingga RM20.00. 

Nak dijadikan cerita, aku fikir kenapa tak menternak ayam kampung sahaja. Di rumah mak memang sudah ada reban ayam yang agak besar, tetapi ayamnya saja yang kurang. Jadi, inilah peluang untuk menternak ayam dengan jumlah yang sedikit banyak.

Aku merupakan seorang yang suka bereksperimen. Suka try and error. Apabila sesuatu terlintas di fikiran terus aku ingin mencuba. Lantas aku membeli 30 ekor anak ayam kampung kacuk dengan harapan dalam dua hingga tiga bulan nanti tidak perlu lagi membeli ayam. Boleh makan ayam yang diternak sendiri sahaja.


Anak-anak ayam kampung kacuk ini aku beli dengan memesan pada rakan sekerja isteri. Dia yang tolong belikan dan hantarkan. Kebetulan pada masa yang sama dia pun hendak membeli anak ayam. Dia juga seorang penternak yang agak berjaya walaupun hanya kecil-kecilan. Aku membeli seekor anak ayam kampung kacuk dengan harga RM2.80 seekor dan aku tambahlah sedikit upah penghantaran.

Apabila balik saja ke rumah mak, dengan bantuan abang aku, dia buatkan pendawaian lampu untuk reban anak ayam. Ayam yang kecil atau baru lahir perlu ada lampu agar sentiasa berasa panas atau hangat sesuai untuk tumbesarannya.

Semoga anak-anak ayam ini membesar dengan sihat. Jika projek pertama ini berjaya, sudah boleh berkira-kira untuk menambah bilangannya pada masa akan datang. Saja suka-suka, untuk makan sendiri dan ahli keluarga yang lain.

37 comments:

  1. Replies
    1. Ya betul tu.. Buat masa ni saya berguru dengan Google dan Youtube pasal penternakan ayam kampung kacuk. Banyak juga informasi bermanfaat.

      Delete
  2. Bagus ni. Boleh pantau makanan ayam-ayam. Saya tak sanggup bela ayam. Kesian nak kena 'berpisah' dengan diorang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh.. Susah juga kalau ada hati sentimental macam ni.. Hihi

      Delete
  3. Comel2 anak ayam..semoga berjaya pelihara ya saudara

    ReplyDelete
  4. wahh slmt maju jaya
    semoga membesar ank2 ayam kacuk
    teringat arwah ayah pun penah ternak ayam blkg umah. ank2 ayam dari jabtan ternakan
    bab bestnya suka kutip telur ayam pg2 tu syokkk ooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Sehari dua ni saya suka duk dalam reban perhatikan anak-anak ayam.. Hehe

      Delete
  5. Wah..... lepas ni konpom jadi penternak berjaya ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Doakan ye. Manalah tahu nanti, saya buka ladang ternakan ayam.. Hehe

      Delete
  6. Harap berjaya. Buat makan sendiri tidak pun jual sedikit.

    ReplyDelete
  7. Semoga anak-anak ayam ini membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  8. semoga projek menternak ayam awak sukses. Senang anak-anak nak makan ayam tak payah beli di kedai dah

    ReplyDelete
  9. Waahhh..bagus idea ni. semoga anak ayam membesar dengan sihat.tak susah dah nak beli ayam. saya pun mmg tak beli ayam kat pasaraya.

    ReplyDelete
  10. Kacuk kacuk ni ala-ala Tranasian la...? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit lebih kurang macam tu la.. Pan-Asian pun boleh..

      Delete
  11. Semoga berjaya
    AKK 3 bulan dah boleh tuai
    Cuma makanan ayam tengah mahal harganya sekarang

    ReplyDelete
  12. insyaAllah, 2-3 bulan lagi dapat lah hasilnya. bole buat kenduri

    ReplyDelete
  13. insyaAllah rajin usaha pasti jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Saya memang seorang yang tak boleh duduk diam..

      Delete
  14. semoga semuanyya membesar dgn sihat ye.. boleh la merasa hasil ternakan sendiri mesti best

    ReplyDelete
  15. fairus..semoga berjaya..dan berbuahkan hasil nnt..

    ReplyDelete
  16. Projek bagus ni. Semoga ayam ternakan membesar dengan sihat. Untung untung boleh juga buat jualan selain dimakan sendiri.

    ReplyDelete
  17. Seronoknya ternak ayam! Moga anak-anak ayam tu semua sihat dan membesar dengan baik.

    ReplyDelete
  18. SEmoga membuahkan hasil. Ayam daging kat pasaran sekarang ni 1kg mencecah RM10. Fengsannn

    ReplyDelete
  19. Moga moga anak anak ayam ni membesar dengan sihatnya. Boleh merasa hasil ternakan sendiri kannn

    ReplyDelete
  20. Wah...nasib kat taman ni x leh bela ayam..kalau x Pak Zain dah bela ayam dah...

    ReplyDelete
  21. wahhh best tu! anak2 ayam ni ada dedak khas ke?

    ReplyDelete
  22. Seronoknyaaa tgk anak2 ayam.. selamat membela ayam hehehe

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.