Alhamdulillah.. Sekali lagi aku diberi ruang dan peluang untuk berkolaborasi bersama 23 orang penukil puisi. Jika hendak dibandingkan, ramai penukil puisi yang turut menyumbangkan karya merupakan mereka yang hebat-hebat kerana kebanyakan mereka dari Persatuan Penulis Negeri Melaka namun aku hanyalah sekadar peminat puisi.
Di dalam buku ini, setiap penukil menyumbangkan 4 buah karya berupa puisi sajak. Jadi, keseluruhan sajak yang terkandung di dalam buku ini ialah sebanyak 92 buah karya.
Berikut merupakan tajuk-tajuk sajak aku dan tahun ia ditulis :
1. Impian Gaza (9 Februari 2009)
2. Kitakah Manusia Itu (11 Oktober 2013)
3. Siapa Sudi Teman (21 April 2012)
4. Terukir Lukisan Alam (8 Mei 2012)
Sebenarnya aku telah memiliki lebih 50 buah puisi sajak yang dikumpul sejak tahun 2008, namun aku bukanlah penulis sajak yang tegar. Impian aku, ingin menerbitkan buku-buku antologi sajak secara berkumpulan dan kemudiannya teringin juga menerbitkannya secara solo. Insyaallah, mungkin suatu hari nanti, bila? Masih belum diketahui.
Bukan.. Bukan nak mencipta nama. Aku menulis hanya untuk kepuasan diri dan berharap apabila aku meninggal dunia nanti, karya-karya ini boleh ditatapi oleh anak cucu dan generasi-generasi akan datang agar mereka memperoleh manfaat darinya.
Bagi genre puisi, sebenarnya ini merupakan buku kedua aku menyumbangkan karya, sebelum ini aku turut menyumbang 15 rangkap pantun ke dalam buku Antologi Pantun : Gunung Daik Bercabang Tiga yang telah diterbitkan pada tahun 2020.
* Insyaallah, aku akan buat "segmen hadiah percuma" buku ini nanti. Tunggu ye.
Tahniah tuan, nukilan tuan diterbutkan di dalam buku tersebut.
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteWow…Alhamdulillah, Tahniah Fairus 👏🏽
ReplyDeleteDah ada lebih 50 buah puisi, boleh dah terbitkan sendiri.
InsyaAllah moga impian jadi nyata.
Insyaallah.. Mungkin satu hari nanti..
DeleteWah terbaik. Boleh publish buku sendiri lepas ni insyaAllah
ReplyDeleteInsyaallah.. Itu merupakan antara cita-cita saya..
DeleteTahniah!
ReplyDeleteMoga terus subur dengan ilham untuk menghasilkan karya berikutnya.
Terima kasih.. Insyaallah..
DeleteTahniah. Bukan senang nak hasilkan puisi yang berkualiti tinggi. 👍
ReplyDeleteBab kualiti tinggi tu saya taknak komen sebab saya bukanlah sasterawan.. Hehe
Deletewah, bertuah saya mengenali blogger Fairus..rupanya anda ni penulis .Tahniah ya
ReplyDeleteTerima kasih bang..
DeleteWow...tahniah....meh la buat sajak untuk GA anak SA....meh2....
ReplyDeleteInsyaallah..
DeleteHebat Tuan Fairus bermain kata. Tahniah! Moga akan ada lebih banyak karya yang menyusul selepas ini.
ReplyDeleteInsyaallah..
DeleteKiranya tuan ini 'budak sastera' la.
ReplyDeleteKarya indah bersemai budi
mekar sungguh di dalam hati
hehe
Memang sasstera.. Hehe.. Dulu ditingkatan 6 ambil sastera juga..
DeleteUncle terus gugel maksud nafiri... baru baca entry
ReplyDeleteCome on uncle.. Alat muzik tradisional tu..
DeleteTahniah diberi peluang untuk berkolaborasi bersama 23 orang penukil puisi dan buku telah diterbitkan. Kagum dengan orang yang pandai berpuisi ni. Cantik bahasanya, sedap dibaca.
ReplyDeleteTerima kasih.. ala.. Biasa-biasa saja..
DeleteSama sama..Anugerah. Setiap orang ada bakat masing masing :)
Deletetahniah
ReplyDeletehebattt Fairus
dulu selalu berangan nk menulis dan. ada buku novel sendiri
Jangan jadi angan-angan lagi.. Realitikan.. hehe
DeleteHebat! Memang hebat la dah lebih 50 tuuuu, siap letak dalam buku lagiiii.
ReplyDeleteAlhamdulilillah.. Biasa je.. Adoyai..
DeleteTahniah...dah buku kedua..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeletemasyaAllah..bukan calang2 ni.. hebat... tahniah...
ReplyDeleteAlaa.. Biasa je.. Ramai lagi yang hebat menulis.. Hihi
DeleteWah ..50 tu banyak jugak la ..bukan senang nak,hasilkan sebuah puisi . Tahniah CCL ucapkan
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletehebat. semoga tercapai cita-cita nak ada buku sendiri
ReplyDeleteInsyaallah.. Terima kasih.
DeleteAhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih.
DeleteSubhanallah hebat
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih.
DeleteEza pun ada buku nak keluar - antologi, tapi sebab mco kena tangguh pulak cetakannya. Kena sabar tunggu, sebenarnya tak sabar nak pegang buku fizikal tu. Huhu.
ReplyDeleteSemoga awak terus berjaya dalam penulisan.
Terima kasih.
DeleteAlhamdulillah semoga terus berkarya
ReplyDeleteTerima kasih.
Deleteboleh la tahan bro...
ReplyDeleteorang sastera
Takdelah hebat mana pun..
Deletewah tahniah tentu sekali rasa berbangga kan terbitnya buku ni.
ReplyDeleteTetapi kasih.
DeleteTahniah fairus! sangat berbakat!
ReplyDeleteTerima kasih.
Deletewahhhh tahniah tahniah! boleh geng dengan kak PI ni ;-)
ReplyDelete