Bagi sesiapa yang biasa mengunjungi blog saya, pastinya perasan ada sedikit perubahan di dalam blog ini. Ia bukanlah satu perubahan yang besar, cuma sedikit perubahan pada susun atur (layout) blog sahaja. Sekiranya anda menggunakan komputer peribadi untuk melayari blog ini, paparannya sebesar skrin komputer.
Apabila menukar susun atur, menjadi seperti cacat pula saya lihatkan kepala blog (blog header) yang tidak ikut ukuran sepertimana saiz badan blog (blog body). Kepala blog memberat ke sebelah kiri manakala sebelah kanannya ada ruang kosong. Perkara ini telah lama saya cuba atasi namun menemui jalan buntu.
Saya cuba menyelesaikannya dengan mencari solusi dengan carian di Google. Namun 4,5 buah blog yang saya temui memberi penerangan tidak cocok dengan aturan pengeditan di blog saya. Akhirnya saya telah terjumpa sebuah blog dari luar negara yang banyak membantu saya dalam penyelesaian yang saya perlukan dan ia sungguh ringkas dan mudah.
Sekiranya kalian mempunyai masalah yang serupa untuk meletakkan kepala blog anda di tengah-tengah, bolehlah ikuti langkah-langkah ini :
1. Klik 'theme' dan 'edit html'
2. Cari kod ini : ]]></b:skin> Jika terdapat kesukaran untuk mencari kod ini secara manual, sila tekan 'ctrl & F' kemudian tampalkan kod tersebut dalam carian.
3. Selepas jumpa, sila tampalkan kod di bawah ini sebelum kod ]]></b:skin> :
.header-inner .Header #header-inner { display: block; margin: 0 auto; width: 750px; }
4. Sudah hampir selesai... Selepas itu, sila edit ukuran "750px" di atas mengikut kehendak ukuran yang kalian mahukan.
5. Setelah selesai, sila simpan (save) dan selesai.
Sekian sahaja perkongsiannya. Moga bermanfaat.
Oooo... melayu nya 'kepala blog'
ReplyDeleteTQ info
Haha.. Rasanya betul la tu kot..
DeletePerkongsian yang menarik.. Saya dah lama tak tengok coding nie, rasanya macam blur kejap kalu tengok.. hihi apapun blog encik nampak elegan, sesuai dengan empunya blog..
ReplyDeletePuas saya mencuba sebelum ini.. Nasib baik jumpa blog yang memberi penerangan yang baik.
DeleteWah...sudah pandai ni edit template...nanti bleh la upah buatkana template...hehehehhe
ReplyDeleteSendiri-sendiri boleh le.. Buat orang punya tak berani.. Hehe
DeleteGood sharing. Kalau dulu blogger ada cursor untuk kita adjust header dan sidebar, sekarang takde dah.
ReplyDeleteOoo.. Ada eh.. Tak perasan pulak dulu.
DeleteKepala blog hitam putih, kombinasi warna yang menarik.
ReplyDeleteTerima kasih..
Deletesaya tak berapa suka nak tukar2 theme atau layout blog, sebab selalu akan jadi masalah macam ni.. pastu terpaksa mencari solution utk mengatasi nya. Apa2 pon terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteSaya tak suka juga.. Sikit-sikit boleh le.
DeleteAduhai dah lama x main coding macam ni..saya betul2 dah lama tinggai fairus..dulu2 rajin betul buat tutorial..
ReplyDeleteSaya pun bukan biasa sangat.. Sikit-sikit boleh le.
DeleteRasa macam pelik bila jadi kepala blog hahaha
ReplyDeleteHaha..
DeleteSemoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.
ReplyDeleteYa.. Seperti saya juga.
DeletePerkongsian yang menarik. Hari tu edit juga di html untuk saiz header. sebab paparan di laptop/pc tidak sama seperti di mobile.
ReplyDeleteOoo. Ya ke? Bagus kalau dah tahu caranya.
DeleteNampak elok bila header blog duduk elok tengah tengah. Lama tak membelek coding ni. Pening juga kadang
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian
Ya... Pening kepala mula² dulu bila nak tukar ukuran blog tapi header duk belah tepi . Nasib baik jumpa tutorial berkaitan.
Delete5-6 thn lps ni laa keje sy asik dok ejas header je. usik sn usik sini. ๐๐๐time tu suka nau2 main code html ni. skrg? hmmm terbang dah ilmu2 tu๐๐๐
ReplyDeleteMasih ada ilmu tu, cuba tak tunjukkan saja. Hehe.
Deletepatut nampak lain๐dulu suka gofek2 code html ni. laa ni tgk je dah pening๐๐
ReplyDeleteLain sikit je.
Delete*godek
ReplyDeleteperkongsian yang baik, berguna pada yang mencari caranya
ReplyDeleteYa. Tentu sekali.
DeletePerkongsian yg menarik . Dah lama ccl tak belajar coding blog ni . Dah hampir terlupa
ReplyDeleteSaya baru belajau sikit-sikit..
Deletethanks for sharing..boleh cuba nanti, kepala blog tkde gambar lagi..
ReplyDeleteBoleh cuba nanti..
Delete