Pagi ini sepatutnya hendak berbasikal mengelilingi kawasan sekitar namun teringat akan perlawanan berbasikal Olimpik Tokyo yang melibatkan dua orang pemain negara iaitu Dato' Mohd Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom. Lalu, terus tak jadi untuk berbasikal, lagipun cuaca di luar kelihatan gelap seperti mahu hujan. Di kala entri ini dibuat, hujan pun telah turun dengan lebatnya.
Perlawanan bermula seawal jam 9.30 pagi waktu Malaysia di mana Dato' Mohd Azizulhasni Awang layak ke separuh akhir manakala Shah Firdaus Sahrom terkandas di suku akhir. Dalam jam 10.00 pagi Dato' Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menang bergaya dalam pusingan separuh akhir sekaligus layak ke peringkat akhir acara keirin (L) berbasikal trek.
Terasa bergetar tangan melihat perlawanan akhir di telefon bimbit sambil mulut kumat kamit melafazkan doa bagi kejayaan atlit negara. Dada berombak-ombak, berdebar, dan di dalam hati sudah yakin ada kilauan pingat tetapi tidak tahu apa yang bakal dimenangi.
Akhirnya, Dato' Mohd Azizulhasni Awang memenangi pertandingan akhir tersebut, bukan emas tetapi perak. Alhamdulillah., Tak mengapa, warga Malaysia nampak usahanya. Pingat perak pun sudah cukup untuk dibanggakan.
Tahniah diucapkan kepada Dato' Mohd Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak untuk negara di bulan kemerdekaan ini. Semoga lebih maju jaya pada masa-masa akan datang.
Tahniah!!!
tahniah dato mohd azizulhasniawang
ReplyDeleteπͺπΌπͺπΌπͺπΌ
DeleteNasib baik sempat tengok perlawanan separuh dan akhir. Masa suku akhir tidak sempat tengok.
ReplyDeleteAdakah berasa debarannya?
DeleteHe did his best... I hope he can come back stronger in Paris later...
ReplyDeleteInsyaallah.. maybe next Olympic he will get gold medal.
DeleteTahniah. Tuah hari terakhir.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Syukur.
DeleteAlhamdulillah..dah berusaha yg terbaik..syukur..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteMemang tak terkejar pemenang pingat emas tu.
ReplyDeleteTahniah Datuk Azizulhasni
Tu lah.. jauh sangat..
Deletebangga dengan pencapaian beliau. Tahniah Datuk!
ReplyDeleteSaya pun turut berbangga.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteMalaysia Bolehh
Ya.. Malaysia boleh!
DeleteAlhamdulillah . Tahniah untuk datuk jijoe dan team malaysia yang lain
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteAgak terkilan tgk pelumba Aussie tak kejar Jason Kenny lepas pacer kuar
ReplyDeleteApa pun dia dah buat yang terbaik untuk Malaysia. Tahniah Datuk Jijoe dan team cycling
Itulah pasal.. Kenapa pelumba Australia tu tak turut pecut..
DeleteSalam kenal, saya baru follow blog ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah Dato Mohd Azizul Hasni!
Satu kebanggaan..
DeleteProud malaysian!!!..alhamdulillah..debor tengok bila 2 lap terakhir...
ReplyDeleteMemamng berdebau rasanya..
DeleteKebanggaan malaysia!
ReplyDeleteSudah tentu..!
DeleteAlhamdulillah..tahniah Dato' Mohd Azizulhasni Awang berikan saingan hebat rebut pingat. Geram je tengok Final haritu. Dah jauh sangat gap tu tak dapat nak pecut. Rezeki tahun ni dapat silver. InshaAllah nanti emas pula. Aaaminnn..
ReplyDeleteTahniah untuk semua atlet negara.
Tu la.. Tapi takpelah, nak buat macam mana, pertandingan pun dah berlaku.. Lain kali dia kena baca betul-betul tektikal lawan.
DeleteKebanggan Malaysia. Moga atlet-atlet kita akan terus tempa nama di Paris kelak.
ReplyDeleteAlhamdulillah, berjaya tambah satu lagi pingat untuk Malaysia. Ingat dapat menang tempat pertama, tapi gap jauh sangat, tapi tempat kedua pun dah syukur dahh. Olimpik kot, bukan wakil sekolah kann hahaha
ReplyDeleteRezeki dato jijoe tahun ni dpt perak.. insya allah emas utk malaysia nnt.. slowly but surely
ReplyDeletetetap bangga bkn utk dato je tp utk shah dan seluruh team. insya allah ada rezeki emas di paris 2024 nnt
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah buat beliau..
ReplyDeleteWalaupun perak, kejayaan sudah cukup besar! Olimpik ba itu.
ReplyDeletetahniah datuk azizul.. u deserve it. uve done ur best
ReplyDeletemalaysia boleh! Rio 2016 Gangsa , Tokyo 2020 Perak. Sudah pasti Paris 2024 EMAS!
ReplyDeleteJom doakan!
Tahniah Dato Jijoe! Tahniah juga sebab Datin pregnant!
ReplyDeleteBangga dengan kejayaan datuk azizul…
ReplyDeleteYa.. Tahniah! Malaysia boleh! Malaysia Boleh!!!
ReplyDelete