Thursday, August 5, 2021

PANTUN KATAK



Lompat si katak lompat,
lompat di pinggir kota;
apa si katak dapat,
wang ringgit juta-juta.

Lompat si katak lompat,
lompat ke atas bangunan;
apa si katak dapat,
wang hingga tujuh keturunan.

Lompat si katak lompat,
lompat tinggi di angkasa;
apa si katak dapat,
merasa juga mengenggam kuasa.

Lompat si katak lompat,
lompat bawah sinar mentari;
apa si katak dapat,
untung-untung jadi menteri.

Lompat si katak lompat.
lompat tinggi-tinggi;
apa si katak dapat,
berpeluang tambah bini lagi.

Lompat si katak lompat.
lompat ke depan kedai;
apa si katak dapat,
harta berjuta maruah tergadai.

Lompat si katak lompat,
lompat ke tong sampah;
apa si katak dapat,
berak merata kencing bersepah.

Ps : Saya sedang berimiginasi dengan beberapa ekor binatang yang dipanggil katak. Tidak ada kena mengena dengan katak-katak yang lain yang terdapat di muka bumi. Juga tiada kena mengena dengan katak yang masih hidup ataupun katak yang telah mati katak.

40 comments:

  1. hebat berpantun. Saya dengar katak je dah geli. Sejenis binatang yang saya anti sampai sekarang. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya ni pun banyak katak. Meriah. Mana dia masuk pun tak tahu.. luar rumah je, bukan dalam rumah.. 😀

      Delete
  2. ha haa pantun katak
    kalau org tua dulu ckp. katak yg duduk. dlm rumah elok sbmengelakkan. tuan rumah kena sihir
    kat kg la biasanya ada katak tunggu kat bilik air he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luar rumah saya memang banyak katak.. pokok-pokok banyak, dia suka duk bawah pokok .

      Delete
  3. mcm sindiran kpd ahli politik aje... hehehe...mmg sy anti kpd politician suka lompat parti bila tersepit dan mendapat tawaran lumayan ni. x de pendirian langsung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah.. Tak tau nak cakap apa.. Saya sedaya upaya tak nak bercakap pasal politik sebab akan membuat orang terasa. Tapi kalau menyindir dengan pantun, ok rasanya.

      Delete
  4. hhahhaa ni teringat filem Ali Setan.... :D

    ReplyDelete
  5. Rajin mencipta pantun. Ada bakat menulis rupanya.

    ReplyDelete
  6. Ternyanyi pulak bila baca entri ni ..lompat si katak lompat ..hehehe .

    ReplyDelete
  7. Katak oooo katakkk.. onggg kedek kedekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duk kampung, suka dengar bunyi-bunyian katak..

      Delete
  8. tepat sekali..semoga rakyat marhaen dpt menilai utk pangkah-memangkah..tak lama lg..yg ke-15..

    sian katak..mesti dia cakap 'dah mmg sifat aku suka melompat'..

    kita lompat tali je..huhu..

    ReplyDelete
  9. KATAK SI KATAK LOMPAT LOMPATLAH TINGGI TINGGI

    jemput komen entry ni tq

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/08/kedai-man-goreng.html


    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/08/besar-dah-beauti.html

    2 entry ni minta tolong komen ya
    terima kasih sudi tinggalkan komen

    ReplyDelete
  10. Eh... ini macam double meaning je ni...?

    hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang pada pembacaan masing-masing, nak 1 menaning boleh, double meaning pun boleh.. Hehe

      Delete
  11. amboi pandai betul buat pantun katak ^^

    ReplyDelete
  12. Kenapa saya baca pantun ni sambil menyanyi hahha lompat si kantak lompat! lompat! Lompat lah tinggi-tinggi. Tinggi!

    Lompat si katak lompat,
    Lompat sehingga ke pohon bidara,
    cepat lah menteri cepat
    Kesian kami rakyat merana

    Eh....

    Boleh gitu?

    ReplyDelete
  13. femes katak. dah cari Artis dikenali sbg Crazy Frog hehehe.
    entry sarkastik bunyinya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kepada pembacaan masing-masing.. Hehe

      Delete
  14. spesis katak apa ni? untung betul dapat macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang periksa pulak spesis katak ni..

      Delete
  15. Geli tgk katak hahah walaupun kecik tetap nk jerit klau terjumpa

    ReplyDelete
  16. katak pisang paling dibenci
    air liurnya dikatakan bahaya
    jauhi mengutuk mengata mencaci
    kelak disisih yang Maha Kaya
    😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pohon kelapa tumbuh merata,
      airnya sedap juga isinya;
      benarlah apa yang dikata,
      mari sama-sama jauhinya.

      Delete
    2. sy jual pantun buy 1 free 2 laa hahahaha

      Delete
  17. Katakk pun ada pantun ya huhuhu. Kalau saya geli dengan katak sebab kulit dia lembik hahaha.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.