Thursday, August 26, 2021

Doa Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Pada 31 Ogos 1957

Sumber gambar : rijalunsodaqu.com

Berikut merupakan doa yang telah dilafazkan oleh Almarhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, Mufti Negeri Sembilan semasa sambutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

Ya Allah! 

Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! 

Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. 

Ya Allah! 

Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! 

Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! 

Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.

Ya Allah! 

Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

39 comments:

  1. aamiin..makbulkan doa hamba-Mu ya Allah

    ReplyDelete
  2. Aamiin ya Allah.
    Semoga Malaysia terus aman dan makmur.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ..aamiin aamiin atas doanya .. Tak beberapa hari lagikan dah nak sambut merdeka .

    ReplyDelete
  4. Bagus doa allayarham untuk negara dan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin.. semoga negara kita terus aman..

    ReplyDelete
  6. Aamiin Ya Rabbal Alamin...
    Semoga negara Malaysia terus aman damai dan rakyat bersatu hati demi negara tercinta.

    ReplyDelete
  7. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, semoga yang baik baik sahaja untuk Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Sedih sbb dah 2 thn x leh sambut hari merdeka di sek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Biasa jabatan saya memang masuk perbarisan..

      Delete
  9. Saya baru tahu doa ini padahal dulu kerap juga buat pameran kemerdekaan. Thanks for sharing. Amin YRA. Dah 64 tahun, tapi doanya kekal relevan

    ReplyDelete
  10. Aaaminn....
    Semoga Malaysia terus aman makmur dan rakyat semua bersatu hati demi negara tercinta.

    ReplyDelete
  11. Amiin..amiin..

    semoga Malaysia aman makmur dan seperti yg disifatkan 'Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafûr'

    ReplyDelete
  12. Aamiin ... Aamiin ... Aamiin Ya Robbal Alamin.

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.