Begitulah indahnya peribahasa ciptaan orang dulu-dulu. Mereka melihat dan meneliti kejadian alam semesta untuk dirujuk kepada perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia seharian. Biasanya, tepat sekali perumpamaan ini, iaitu perkaitan antara tumbuhan atau haiwan dan manusia. Sungguh bijak orang-orang dahulu meniliti dan menilai alam ciptaan Allah SWT.
Kenapa pisang? Sebenarnya banyak peribahasa, perumpamaan dan pantun yang menggunakan pisang sebagai objek untuk menerangkan sesuatu. Tak perlulah saya jelaskan kerana semua orang sedia mengetahuinya.
Dalam setandan pisang tak semuanya busuk dan bukan juga semuanya baik. Jadi, jika kita sedia ketahui status pisang-pisang yang terdapat pada setandan pisang, kita sendiri pilihlah. Yang mana baik, simpan atau terus makan, manakala yang sudah busuk, untuk apa disimpan lagi, perlu dibuang sahaja.
Janganlah pula kita menjadi gila dengan membuang semua pisang yang setandan itu. Bukan semuanya busuk, buat apa dibuang semua. Hendak menanam pisang bukannya mudah. Nak tunggu lagi pisangnya berbuah pun satu hal lagi. Jika bernasib baik, berbuah semula, jika tumbesaran pokok terbantut, langsung tak mendatangkan hasil.
Saya membuat entri ini setelah melihat pokok-pokok pisang di belakang rumah saya kelihatan terbantut tumbesarannya. Malu-malu nak membesar. Barangkali tanahnya tak sesuai. Puas sudah dibelai, dibaja. Mungkin belum ada rezeki nak makan pisang yang ditanam sendiri.
peribahasa ciptaan dulu memang kena. dan tepat
ReplyDeletesinis, tempiasnya cukup terkesan
perumpamaan...
dengan reality kehidupan
Ya, benar sekali.
DeleteKadang2 dalam sesikat pisang tu . Ada sebiji dua jugak yg rosak berulat . Yang mana tak rosak boleh makan . Tak perlu membazir untuk buang kesemuanya
ReplyDeleteItu sudah betul.
DeleteBiasanya jumpa setandan pisang elok-elok semua pisangnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletepisang pun ada penyakit yg serang tumbesarannya kea tanam pisang yg tahan lawan penyakit
ReplyDeleteMungkin bergantung pada penjagaan.
DeleteItulah pisang keluar sekali sahaja. Lepas itu kena tebang.
ReplyDeleteYa, pisang tak berbuah dua kali..
DeleteSangat cantik foto daun pisang tu...!
ReplyDeleteBuat bungkus nasi lemak pun ok..
Deletesaya pernah terbaca, pisang emas dibawa belayar itu pon ade makna nya. kenapa pisang emas dan bukan pisang yang lain
ReplyDeleteYa, melalui maklumat yang saya tahu, pisang emas tak masak keseluruhan, ia masaka sebijik-sebijik, justeru sangat bagus dibawak belajar.
Deleteitu yang saya baca juga tp pisang emas saya tak di bawa belajar... hahaha
Deletesetandan pisang kdg2 masak tak sama, ada yg masak dulu, ada yg belum masak sepenuhnya..
ReplyDeletesemoga ada rezeki makan pisang tanam sendiri..InshaaAllah..
Insyaallah. Amin..
Deletetanam pisang 40 hari ke tu?
ReplyDeleteYa.. Mana tau ni?
Deletejgn tanyaππbg sy anak pokok tu skrg!ππ
Deletepisang tak akan berbuah dua kali.. π π
ReplyDeleteBetul tu..
DeleteCantik berseni gambarnya :)
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteTakpe, kurang-kurang ada laa jugak rezeki ambil gambar daun pisang tanaman sendiri daripada yang takde ni..hehe
ReplyDeleteSemoga Allah beri rezeki Fairus makan pisang hasil sendiri.
Insyaallah..
DeleteYa betul, bijak orang dulu buat peribahasa tapi orang sekarang tak faham pulak, kena explain.
ReplyDeletePurak-purak tak tahu..
DeleteTeringat dialog Sarimah n P.Ramlee dalam Filem 3 Abdul semasa dia nyatakan rasa cemburu melihat P.Ramlee menari dengan perempuan cantik dalam rumah dia..hehehehe
ReplyDeleteYa.. Betul tu..
Deletetakpe la.. beli aja lah sebab boleh pilih hehehe
ReplyDeleteItu sudah betul.. Hehe
Deletemmg indah peribahasa kita kan.. mama suka pisang.. takpelah belum rezeki makan pisang hasil tanaman sendiri tu fairus
ReplyDeleteItu lah.. Lama pulak menunggunya berbuah..
DeletePokok pisang ni kadang biarkan macam tu terus tumbuh berbuah. Tapi bila jaga elok-elok, tak nak berbuah pulak.
ReplyDeleteItu le pasalnya..
DeletePeribahasa yag indah.. kat rumah saya pun ada tanam jugak pokok pisang tapi belum sempat nak membesar, 'askar² wataniah' saya dah buat tempat asah kuku dan panjat sampai lunyaiπππ
ReplyDeleteHaha.. Kucing-kucing saya tak pula cakar pokok pisang..
DeleteTepat peribahasa orang zaman dulu. Dalam setandan pasti ada yang tak menjadi. Saya pun perasan pokok pisang jiran belakang rumah agak kurang menjadi buahnya. Mungkin sebab keadaan cuaca panas sebelum ni tak menjadi buah nak membesar.
ReplyDeleteMungkin faktor tanah.. Rumah saya Semi-D. Tanah tambak.. Dulunya sawah. Keras-keras tanahanya..
Delete