Monday, August 16, 2021

DALAM SETANDAN PISANG BUKAN SEMUANYA BUSUK

 
Hanya daun pisang saja yang mampu diambil gambar. Pisang belum berbuah.

Begitulah indahnya peribahasa ciptaan orang dulu-dulu. Mereka melihat dan meneliti kejadian alam semesta untuk dirujuk kepada perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia seharian. Biasanya, tepat sekali perumpamaan ini, iaitu perkaitan antara tumbuhan atau haiwan dan manusia. Sungguh bijak orang-orang dahulu meniliti dan menilai alam ciptaan Allah SWT.

Kenapa pisang? Sebenarnya banyak peribahasa, perumpamaan dan pantun yang menggunakan pisang sebagai objek untuk menerangkan sesuatu. Tak perlulah saya jelaskan kerana semua orang sedia mengetahuinya.

Dalam setandan pisang tak semuanya busuk dan bukan juga semuanya baik. Jadi, jika kita sedia ketahui status pisang-pisang yang terdapat pada setandan pisang, kita sendiri pilihlah. Yang mana baik, simpan atau terus makan, manakala yang sudah busuk, untuk apa disimpan lagi, perlu dibuang sahaja.

Janganlah pula kita menjadi gila dengan membuang semua pisang yang setandan itu. Bukan semuanya busuk, buat apa dibuang semua. Hendak menanam pisang bukannya mudah. Nak tunggu lagi pisangnya berbuah pun satu hal lagi. Jika bernasib baik, berbuah semula, jika tumbesaran pokok terbantut, langsung tak mendatangkan hasil. 

Saya membuat entri ini setelah melihat pokok-pokok pisang di belakang rumah saya kelihatan terbantut tumbesarannya. Malu-malu nak membesar. Barangkali tanahnya tak sesuai. Puas sudah dibelai, dibaja. Mungkin belum ada rezeki nak makan pisang yang ditanam sendiri.

40 comments:

  1. peribahasa ciptaan dulu memang kena. dan tepat
    sinis, tempiasnya cukup terkesan
    perumpamaan...
    dengan reality kehidupan

    ReplyDelete
  2. Kadang2 dalam sesikat pisang tu . Ada sebiji dua jugak yg rosak berulat . Yang mana tak rosak boleh makan . Tak perlu membazir untuk buang kesemuanya

    ReplyDelete
  3. Biasanya jumpa setandan pisang elok-elok semua pisangnya.

    ReplyDelete
  4. pisang pun ada penyakit yg serang tumbesarannya kea tanam pisang yg tahan lawan penyakit

    ReplyDelete
  5. Itulah pisang keluar sekali sahaja. Lepas itu kena tebang.

    ReplyDelete
  6. Sangat cantik foto daun pisang tu...!

    ReplyDelete
  7. saya pernah terbaca, pisang emas dibawa belayar itu pon ade makna nya. kenapa pisang emas dan bukan pisang yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, melalui maklumat yang saya tahu, pisang emas tak masak keseluruhan, ia masaka sebijik-sebijik, justeru sangat bagus dibawak belajar.

      Delete
    2. itu yang saya baca juga tp pisang emas saya tak di bawa belajar... hahaha

      Delete
  8. setandan pisang kdg2 masak tak sama, ada yg masak dulu, ada yg belum masak sepenuhnya..

    semoga ada rezeki makan pisang tanam sendiri..InshaaAllah..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. jgn tanya😆😆bg sy anak pokok tu skrg!😆😆

      Delete
  10. pisang tak akan berbuah dua kali.. 😅😅

    ReplyDelete
  11. Takpe, kurang-kurang ada laa jugak rezeki ambil gambar daun pisang tanaman sendiri daripada yang takde ni..hehe

    Semoga Allah beri rezeki Fairus makan pisang hasil sendiri.

    ReplyDelete
  12. Ya betul, bijak orang dulu buat peribahasa tapi orang sekarang tak faham pulak, kena explain.

    ReplyDelete
  13. Teringat dialog Sarimah n P.Ramlee dalam Filem 3 Abdul semasa dia nyatakan rasa cemburu melihat P.Ramlee menari dengan perempuan cantik dalam rumah dia..hehehehe

    ReplyDelete
  14. takpe la.. beli aja lah sebab boleh pilih hehehe

    ReplyDelete
  15. mmg indah peribahasa kita kan.. mama suka pisang.. takpelah belum rezeki makan pisang hasil tanaman sendiri tu fairus

    ReplyDelete
  16. Pokok pisang ni kadang biarkan macam tu terus tumbuh berbuah. Tapi bila jaga elok-elok, tak nak berbuah pulak.

    ReplyDelete
  17. Peribahasa yag indah.. kat rumah saya pun ada tanam jugak pokok pisang tapi belum sempat nak membesar, 'askar² wataniah' saya dah buat tempat asah kuku dan panjat sampai lunyai😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kucing-kucing saya tak pula cakar pokok pisang..

      Delete
  18. Tepat peribahasa orang zaman dulu. Dalam setandan pasti ada yang tak menjadi. Saya pun perasan pokok pisang jiran belakang rumah agak kurang menjadi buahnya. Mungkin sebab keadaan cuaca panas sebelum ni tak menjadi buah nak membesar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin faktor tanah.. Rumah saya Semi-D. Tanah tambak.. Dulunya sawah. Keras-keras tanahanya..

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.