Sunday, August 8, 2021

CARA MENGERATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN


Makan nasi bungkus bersama empat orang anak merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Dari yang sulung berusia 13 tahun hinggalah ke bongsu berusia 3 tahun, sama-sama menikmati Nasi Ganja Bawah Pokok. Bukan satu bungkus, tetapi dua bungkus nasi habis kami makan. Ibunya tiada masa ni kerana bekerja.

Jadi apa kena mengena makan nasi dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan? Ya lah.. Bila makan nasi bersama-sama beralaskan pembungkus nasi yang sama dengan lauk, kuah dan segalanya dikongsi bersama dapat membangkitkan lebih kemesraan. Sambil jari jemari masing-masing berlaga-laga semasa meramas nasi, mencubit daging ayam seorang sedikit, anak sulung pula bercerita pengalaman beberapa kali makan sebegini semasa dijemput oleh ahli tabligh yang pernah berkampung di kampung emak saya, ia mengundang kelucuan dan kemesraan seterusnya boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ini sekadar pendapat saya, bukan bermaksud makan seperti biasa bersama di satu meja tak mesra, namun apabila merasai sendiri makan begini bersama anak-anak, nampak kemesraan itu lagi jelas terpancar dari kalangan semua ahli keluarga. Sesiapa yang belum cuba, boleh mencubanya. 

26 comments:

  1. nampak kemeraan erat bertaut lantaran kebersamaan menjamah rezeki dgn anak2

    ReplyDelete
  2. betul tu Fairus, setuju statment ni
    cuma jarang org nk praktik cam ni skrg

    ReplyDelete
  3. Jaman kecik2 dulu wak adik beradik makan nasik kongsi dalam satu dulang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kemesraannya dapat dirasai sehingga kini jika mengenang kembali kisah itu

      Delete
  4. Uncle sangat setuju...

    Ini lah konsep 'nasi talam'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. betul tu. Terima kasih kerana sama bersetuju.

      Delete
  5. selamat berhujung minggu bersama keluarga

    ReplyDelete
  6. makan macam ni kalau dengan keluarga sendiri memang berselera.kalau dekat sesetengah sekolah tahfiz & masjid,ada jugak yang makan ramai macam ni.tapi letak dalam talam lah.sebab ada yang cakap makan berjemaah macam ni antara salah satu sunnah Rasulullah (tak pasti ada hadis yang menyokong kenyataan ni atau pun tak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Biasa masjid dan tabligh buat begini.

      Delete
  7. Setuju.....kalau dapat makan macam ni best....

    ReplyDelete
  8. Sekali-sekala apa salahnya. Dari sini jugak kita boleh ajar anak-anak cara makan dengan betul dan cermat.

    ReplyDelete
  9. nasi dulang.. Best juga sesekali makan macam ni. Dapat eratkan hubungan..

    ReplyDelete
  10. Setuju, makan ramai-ramai begini memang best!

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan macam ni hehehe tapi nampak dari gambar, memang dapat eratkan hubungan sesebuah keluarga. Lagi nikmat makan bersama sama macam tu.

    ReplyDelete
  12. yg kelakar kalau mkn mcm ni, yg mula2 konon x nk mkn terus terliur nk join sama hahaha

    ReplyDelete
  13. Beginilah keadaannya apabila arwah ayah pulang ke rumah bawa nasi berkat dari tempat kenduri. Makan beramai-ramai, cubit ayam goreng sedikit seorang! Tapi semuanya tinggal kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

      Delete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.