Kemurungan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Bagaimana hendak mengatasinya, itulah yang kita perlu ketahui. Pada ketika ini, pandemik Covid-19 telah banyak menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat terutama yang melibatkan kewangan. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang gajinya dipotong, peniaga terpaksa menutup operasi malah ada yang bankrup.
Hampir dua tahun masyarakat perlu menjalani perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan. Hendak ke sini tidak boleh, ke sana pun tidak boleh, pendek kata, pergerakkan adalah terbatas. Tidak seperti dahulu. Bayangkan jenis individu yang amat patuh, sentiasa duduk di rumah sahaja. Barangkali, apa yang berlaku di luar rumah pun tidak diketahuinya.
Mungkin akan ada sesuatu yang negatif berlaku apabila pandemik covid-19 berterusan antaranya kemurungan. Jaga-jaga, sebenarnya kemurungan ini adalah sesuatu yang begitu bahaya. Ia boleh membawa kepada kes bunuh diri.
Justeru, mari sama-sama menyaksikan sebuah program Impak Psikologi Semasa Impak Pandemik Covid-19 yang akan membincangkan tajuk Kemurungan Pembunuh Dalam Diam. Program ini akan diadakan pada 12 Ogos 2021 (Khamis) bermula jam 3.00 petang hingga 4.00 petang yang akan mengetengahkan Dr. Ahmad Rostam Md Zin, Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Program ini dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) negeri Melaka. Kebetulan saya merupakan ahli AKRAB dan telah dijemput untuk menjadi moderator. Rakan-rakan yang berminat boleh ikuti program ini melalui siaran langsung di Facebook rasmi Unit Psikologi & kaunseling, JKMM.
Terima kasih atas perkongsian.. Bolehlah joint ini esok..
ReplyDeleteJangan lupa esok ya
DeleteBagus program ini. Kalau sudah disebut 'murung' memang perlu bantuan pakar psikologi.
ReplyDeleteYa, betul tu
DeleteProgram yang bagus
ReplyDeleteTahniah
Terima kasih. Jemput menonton esok
DeleteBagus program ni, moga moga dapat membantu mereka yang memerlukannn.
ReplyDeleteYa betul
Deletetakde pandemik pun saya memang dah kemurungan. huhu. semoga kita semua diberikan kesihatan mental yang baik
ReplyDeleteMurung sekali sekala tu takpe. Jangan berterusan hingga 2 minggu. Itu yang bermasalah.
DeleteMenarik ni!! Kita pun dah nak start kena pandemik fatigue dah ni😅. Bosan betul duduk rumah lama2. At least boleh hilangkan kebosanan dengan pengisian yang macam ni😁
ReplyDeleteOk...dah tengok tak?
Deleteinsyaallah
ReplyDeletesemoga ia dpt membantu kita semua
bagus ada program2 mcm ni
Insyallah..
Deletebertenang nbersabar pinjamminda ayamyg dikurung elak murung
ReplyDeleteInsyallah.
Deletesayangnya masih ada bengkel hari ni.. kalau x boleh join sekali.. topik trending ni skrg
ReplyDeleteBoleh saja tengok ulangan. Ada di Facebook tersebut.
DeleteWah! Menarik ni...!
ReplyDelete(Moderator tu yg menarik!)
Hahaha.. moderator pulak yang menarik.. Adoyai.
Deletelama kelamaan mmg terkesan juga emosi. bagus ada forum ni
ReplyDeleteBetul tu.
Deletealaaaa terlepas laa pulakkk pd hal td sy free je
ReplyDeleteBoleh tengok lagi sebab memang dimasukkan di Facebook.
Deleteoooo ya ke? nnt sy g jengah😊
DeleteJengah jangan tak jengah.. Hihi
DeleteSemoga kita semua dapat melawan dan dilindungi dari kemurungan ni.
ReplyDeleteTopik best ni.
Terima kasih.
Deletebagus topik ni
ReplyDeleteTerima kasih.
Deleteoh aloh. sy baru baca entry ni. kalu dok, dah buleh join pun semalam. what a pity!
ReplyDeleteMasih boleh menonton di Facebook.
Deleteadalah jugak rasa murung2 sikit
ReplyDeleteKalau sedikit-sedikit ok lagi.. jangan berterusan selama 2 minggu. Itu bahaya. Perlu dapatkan rawatan.
DeleteBagus juga program sebegini . Time2 pandemik ni banyak rakyat kemurungan
ReplyDeleteBetul tu
DeleteApapun tidak boleh layan perasaan sangat.
ReplyDeleteBagus juga dengar.
Betul tu..
DeleteBagus ada inisiatif macam ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteSemoga program ini dapat membantu mereka yg memerlukan
ReplyDeleteInsyaallah..
DeleteTak dinafikan, ada juga rasa kemurungan tu. Semoga program ni dapat membantu semua yang terkesan. Hebat tu jadi moderator terlibat sama. Tahniah!
ReplyDeleteMoga-moga.. Itulah matlamatnya..
Delete