Wednesday, July 14, 2021

TERIMA HADIAH TOP 10 PENGOMEN BULAN JUN BLOG AKO TETAP AKO


Sejak kembali berblog, tak sangka pula pelbagai hadiah telah saya terima dari kenalan-kenalan blogger. Dulu saya menulis blog sekadar menulis, tetapi sekarang sudah berubah. Kalau menulis saja tiada orang baca, tidak guna juga. Dengan saling komen dan singgah ke blog kenalan blogger memungkinkan blog kita turut disinggahi dan ditinggalkan komen. Jadi, blog kita tidaklah sepi bagai seorang perindu. Hehe..

Tetapi risau juga apabila selalu komen blog orang, takut kerap jadi penerima hadiah top 10 pengomen tegar. Macam nak sangat hadiah pula. Aduh, malulah saya. Tapi kalau tak singgah komen nanti, rakan-rakan blogger ternanti-nanti pula komen dari saya. Hahaha..

Apa-apa pun saya anggap saja semua pemberian ini sebagai rezeki dari Allah SWT. Terima kasih tidak terhingga kepada blogger Ako atas pemberian ini dan saya amat menghargainya.

Apabila buka bungkusan pos dan lihat pada hadiah ni, saya teringat akan filem P. Ramlee iaitu Ali Baba Bujang Lapok, di mana seniwati Sarimah yang memegang watak sebagai Marjina menghadiahkan uncang berisi wang emas kepada apek untuk menjahit anggota badan Kassim Baba. Jadi, selepas ini bolehlah saya gunakan uncang ini untuk menyimpan koleksi dinar dan jongkong emas saya pula. 

Sekali lagi, terima kasih kepada blogger Ako. Uncang yang comel, cantik dan yang lebih menarik, nama saya turut dicetak di uncang ini. Terima kasih. πŸ™πŸΌπŸ™πŸΌπŸ™πŸΌ


59 comments:

  1. Kan, tak meriah kalau blogging tak tinggalkan komen.
    Apa apa pun, semua rezeki dari Allah. Tahniah encik fairus!

    ReplyDelete
  2. Hahahha lawak plk bila fairus ckp nk isi dinar eh dlm uncang tu haha.. Pape pun tahniah.. Rezeki kdg2 susah nak dijangka kan.. Semoga rajin menulis dan merayap ke blog kengkawan juag😁

    ReplyDelete
  3. Untung lah. Komen komen, dapat hadiah. πŸ˜€

    ReplyDelete
  4. Tahniah... Blogger Ret memang terbaik!

    ReplyDelete
  5. Tahniah, encik fairus, dapat hadiah. Boleh guna simpan syiling. :)

    ReplyDelete
  6. Haah terfikir juga nama kerap naik jadi tukang komen tapi saya rasa ini peluang dan keizinan Allah beri.

    ReplyDelete
  7. tahniah
    komen2 lah blog rabia2 byk2
    minggu depan rabia nak design header blog
    kot2 ada rezeki abg kan

    ReplyDelete
  8. Betul, apa la erti jika kita membebel takde yang dengarnya kan? Haha

    Tahniah atas hadiah yang menarik tu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..dapat rezeki hadiah lagi. Saya pun risau tu selalu komen orang fikir nak hadiah je. Dapat hadiah satu rezeki. Alang alang ada masa berblog ni, kita gunakan. esok esok sibuk nak komen pun tak sempat. Apapun tahniah. Teringat terus scene tu.. cerita best layan sepanjang zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Nanti orang ingat kita nak sangat hadiah.. Kalau menolak hadiah nanti. orang kata tak sudi.. Aduh.

      Delete
  10. Wah nampak kecil dan comel . Boleh la simpan coins .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coins tak muat.. Saya punya duit siling dalm tin biskut.. Dah nak penuh tu. Haha

      Delete
  11. Alhamdulillah. Memang rezeki x pernah salah alamat...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, tahniah encik.. cantik dan eksklusif hadiahnya...

    ReplyDelete
  13. Smart jugak tu. Rupanya blogger lelaki dapat hadiah berbeza ye. Pandai kak Ret pilih. Hadiah tu rezeki, jangan ditolak

    ReplyDelete
  14. tahniah tuan tersenarai sebagai top10 komentator. org berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa...

    ReplyDelete
  15. Tahniah, rezeki rajin mengomen :)

    ReplyDelete
  16. Syukur...tahniah...meh la komen blog SA....

    ReplyDelete
  17. tahniah. terbaik la.
    aida jarang dpt jadik top komen.
    bila kerja, masa kurang ada utk tinggal jejak.
    sekadar baca dan skit je komen, fairus.
    ni pun kebetulan masuk bulan ke2 pkp.
    dpt la refresh kan semangat blogging :)
    ramai kenal blogger baru. yg lama, ramai da pencen.
    tapi kami masih friend di fb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. Komen bila perlu dan dahulukan mana yang penting. Kerja lebih penting dari berblog.

      Delete
  18. Tahniah fairus, cantik bag nya..moga dapat di manfaatkan nanti :)

    ReplyDelete
  19. Tahniah! Pemberian bermakna sebagai penghargaan sesama blogger.

    ReplyDelete
  20. tahniah tahniahπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Sila lah komen. Segala komen adalah dihargai.